Abang Johari santuni peniaga Pasar Malam Metrocity Matang 

Facebook
WhatsApp

PETRA JAYA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meluangkan masa turun padang menyantuni para peniaga dan pengunjung di Pasar Malam Metrocity Matang di sini malam tadi.

Beliau berkesempatan beramah mesra dengan para pengunjung dan peniaga di pasar berkenaan.

Turut mengiringi beliau adalah Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Dato Fazzrudin Abdul Rahman; Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Zaiedi Suhaili, serta Pengerusi Pasar Malam Belia Metrocity 2, Mohamad Khairuzie Bolhassan.

Antara Peniruan Kenyataan dan Karya Seni

‘‘Kualiti penulisan seseorang secara tidak langsung akan berhubungan dengan tahap pemahamannya mengenai sikap manusia.’’ – Bong Joon Ho, pengarah filem