Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Abang Johari saksikan Penyerahan Zakat Perniagaan 2021
  • TEMPATAN

Abang Johari saksikan Penyerahan Zakat Perniagaan 2021

Utusan Sarawak 4 years ago
PENYERAHAN… Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki (tiga, kiri) menyerahkan ‘mock cheque’ bernilai RM405,500 mewakili pihak Petronesa Sdn Bhd kepada Datu Misnu Taha (dua, kanan) bagi pihak Tabung Baitulmal Sarawak sambil disaksikan oleh Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. • Foto PENERANGAN

KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah menyaksikan Majlis Ringkas Penyerahan Zakat Perniagaan Bagi Tahun Berakhir Disember 2020 daripada Petronesa dan Sanjung Etika Sdn Bhd kepada Tabung Baitulmal Sarawak, bertempat di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia Kuching, semalam.

Zakat perniagaan Petronesa berjumlah RM405,500 serta zakat perniagaan Sanjung Etika Sdn Bhd berjumlah RM22,046.52 diserahkan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Transformasi Sosio-Ekonomi),Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki kepada Yang Di-Pertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha selaku wakil Tabung Baitulmal Sarawak.

Turut hadir Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak Datu Abang Shibli Abang Mohd Nailie.

Datu Misnu Taha berkata, kedua-dua syarikat tersebut merupakan antara yang terawal menyumbangkan sumbangan hasil perniagaan mereka tahun ini,” katanya ketika ditemui media di sini, semalam.

Sementara itu, menurut Datu Abang Shibli pula,walaupun negara berdepan masalah ekonomi disebabkan pandemik Covid-19, namun kadar sumbangan zakat perniagaan yang diterima untuk tahun 2020, tidak menunjukkan penurunan.

“Kita menjangkakan peningkatan lima peratus untuk zakat perniagaan bagi 2021,” katanya.

Continue Reading

Previous: BATANG LUPAR BAKAL MILIKI JAMBATAN
Next: Teknologi fertigasi terbukti berkesan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.