DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tiga, kanan) menyaksikan penyerahan sumbangan daripada Lee Woo Hyun (empat, kiri) kepada Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang (dua kanan). Turut kelihatan Datuk Amar Douglas Uggah Embas (kanan).
KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan majlis penyerahan sumbangan OCIM Sdn Bhd yang disampaikan Naib Pengerusi OCI Company Ltd, Korea Lee Woo Hyun , kepada Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) berjumlah RM 100,000 yang diterima Presidennya, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.
Sumbangan turut disampaikan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berjumlah RM200,000 yang diterima Timbalan Premier yang juga Pengerusi JPBNS Datuk Amar Douglas Uggah Emas di Pejabat Premier Wisma Bapa Malaysia semalam.
Sejurus selepas itu, Abang Johari menerima kunjungan hormat daripada OCIM Sdn Bhd yang diketuai oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Steve Choi Sung Kil beserta rombongannya pagi semalam.
Kunjungan berkenaan antara lain adalah bertujuan untuk meneruskan kerjasama pelaburan dalam bidang perniagaan yang boleh diterokai khususnya dalam teknologi solar.