Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Abang Johari rangka wajah baharu Sibu
  • SEMASA

Abang Johari rangka wajah baharu Sibu

Utusan Sarawak 8 hours ago
ABANG JOHARI….Bersalaman dengan orang ramai pada Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Sibu 2026 di Dataran Tun Tuanku Bujang hari ini.

SIBU: Pembangunan semula Sibu sebagai bandar pintar rendah karbon akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh 15 hingga 20 tahun menerusi pelan induk komprehensif yang memberi penekanan kepada pembangunan mampan, pemuliharaan alam sekitar dan kepelbagaian ekonomi.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, transformasi itu penting kerana Sibu tidak lagi boleh bergantung kepada industri pembalakan yang sebelum ini menjadi tunjang ekonomi berikutan perubahan dasar global terhadap pemuliharaan hutan dan perubahan iklim.

 ABANG JOHARI….Ketika berucap pada Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Sibu 2026 di Dataran Tun Tuanku Bujang hari ini.

“Kerangka pembangunan Sibu telah diwujudkan. Kini yang penting ialah pelaksanaannya berdasarkan kajian pakar antarabangsa serta penggunaan teknologi dan kaedah kejuruteraan yang sesuai dengan keadaan tanah gambut di bandar ini,” jelasnya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Sibu 2026 di Dataran Tun Tuanku Bujang hari ini.

Abang Johari berkata, kerajaan Sarawak telah mendapatkan kepakaran antarabangsa dengan mengkaji model pembangunan di Belanda, khususnya Amsterdam, yang mempunyai ciri hampir sama dengan Sibu sebagai bandar berasaskan sungai dan kawasan tanah rendah.

FADILLAH…Ketika tiba Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Sibu 2026 di Dataran Tun Tuanku Bujang hari ini.

Katanya, pelan pembangunan itu merangkumi pembinaan sistem saliran dan rangkaian terusan bagi mengatasi masalah takungan air, terutama di kawasan padat seperti Bukit Assek, sekali gus meningkatkan kualiti persekitaran bandar.

Beliau berkata, proses penyediaan pelan terperinci dijangka mengambil masa sekitar lima tahun sebelum pelaksanaan pembangunan dilakukan secara berperingkat.

UGGAH….Ketika tiba Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Sibu 2026 di Dataran Tun Tuanku Bujang hari ini.

Pada masa sama, Abang Johari memberitahu, kawasan hutan paya gambut bandar seluas 301 hektar di Bukit Lima akan diwartakan sebagai rizab semula jadi bagi memelihara simpanan karbon serta menyokong agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) Sarawak.

Beliau berkata, kawasan seluas sekitar 744 ekar itu turut diiktiraf oleh Buku Rekod Malaysia sebagai Rizab Alam Semula Jadi Paya Gambut Bandar Terlindung Terbesar di negara ini.

 AWANG TENGAH….Ketika tiba Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Sibu 2026 di Dataran Tun Tuanku Bujang hari ini.

“Kawasan tersebut akan dibangunkan sebagai destinasi ekopelancongan dengan pembangunan berimpak rendah seperti laluan air dan kolam rekreasi tanpa menjejaskan fungsi pemuliharaan,” ujarnya.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusuf, tiga Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Mohd Asfia Awang Nassar, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Abang Johari umum Zon Ekonomi Sibu, peruntuk RM1.5 bilion
Next: PRN Johor: BN kembali terajui kerajaan negeri, menang majoriti mudah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.