Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Abang Johari puji usaha Utusan Sarawak rintis penggunaan AI 
  • SEMASA

Abang Johari puji usaha Utusan Sarawak rintis penggunaan AI 

Utusan Sarawak 1 month ago
Kadir Dikoh (tengah) ketika memberi taklimat ringkas mengenai pendigitalan Utusan Sarawak kepada Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sambil diperhatikan oleh Dato Sri Wahab Dolah.

SIBU: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memuji usaha Utusan Sarawak merintis penggunaan aplikasi kecerdasan buatan (AI) dalam pemberitaan.

Premier Sarawak berkata, beliau tertarik dengan langkah Utusan Sarawak memperkenalkan pembaca berita yang dijanakan melalui AI.

“Ya saya ada tengok (tonton),” katanya merujuk kepada pembaca berita AI Utusan Sarawak, Sofia Abdullah.

Beliau berkata demikian ketika diberi taklimat ringkas mengenai pendigitalan Utusan Sarawak oleh Penasihat Editorial Eksekutifnya, Kadir Dikoh hari ini.

Abang Johari diberi taklimat itu ketika mengunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Pengerusi Permodalan ASSAR Sdn Bhd Dato Sri Wahab Dolah di Kampung Nangka di sini hari ini.

Kadir antara lain memberitahu bahawa Utusan Sarawak sejak 1 Mac lalu beroperasi sepenuhnya secara online.

Premier Sarawak juga ingin tahu respons warganet terhadap pemberitaan dalam talian dan penggunaan AI.

Kadir berkata respons sangat menggalakkan dan berharap ia berterusan.

Continue Reading

Previous: Pelajar menuntut di empat universiti milik Sarawak dijangka akan terima elaun penginapan
Next: Perkongsian Pengiran Shamsu berkaitan koleksi gurindam lama Brunei tarik minat Awang Tengah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.