Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Abang Johari perkukuh peranan Sarawak di pentas serantau SIEW 2025
  • SEMASA

Abang Johari perkukuh peranan Sarawak di pentas serantau SIEW 2025

Utusan Sarawak 6 hours ago
ABANG Johari ketika berucap pada Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura (Singapore International Energy Week, SIEW) 2025, hari ini. Foto Facebook Sarawakku

SINGAPURA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, hari ini menyampaikan ucaptama berimpak tinggi pada Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura (Singapore International Energy Week, SIEW) 2025.

Ucapan tersebut menampilkan Sarawak sebagai peneraju utama dalam peralihan tenaga bersih ASEAN serta menggariskanhala tuju menyeluruh ke arah kerjasama serantau dan pembangunan mampan.

Ucapan beliau yang bertemakan ‘Memperkasa Hidroelektrik Mampan dan Integrasi Tenaga Serantau’ menzahirkan iltizam Sarawak untuk menjadi tonggak kepada keselamatan tenaga serantau.

“Dengan semangat kebersamaan ini, saya amat berbesar hati sebagai Premier Sarawak untuk membincangkan tema yang mencerminkan keyakinan kami bahawa sistem tenaga yang bersih, boleh dipercayai dan saling berhubung merupakan asas kepada masa depan bersama ASEAN,” katanya.

Abang Johari turut memperincikan hala tuju strategik negeri di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 Sarawak, termasuk pelaksanaan tiga dasar utama baharu iaitu Dasar Peralihan Tenaga Sarawak, Pelan Hala Tuju Ekonomi Hidrogen, dan Pelan Induk Kelestarian Sarawak.

Beliau menjelaskan bahawa dasar-dasar ini bukan sekadar inisiatif dalaman, sebaliknya peluang untuk kerjasama antarabangsa, dengan penekanan terhadap laluan yang praktikal dan adil ke arah ekonomi rendah karbon yang dijangka menjana lebih AS$130 bilion KDNK serta mewujudkan 80,000 peluang pekerjaan baharu menjelang 2050.

Ucapan itu turut menonjolkan kejayaan teknikal Sarawak yang diiktiraf di peringkat global.

Empangan Hidroelektrik Bakun, yang menjadi projek mercu kebanggaan Sarawak, telah menerima Anugerah Blue Planet 2025 daripada Persatuan Hidroelektrik Antarabangsa (IHA) serta pensijilan di bawah Piawaian Kelestarian Hidroelektrik.  

“Pencapaian ini mengukuhkan komitmen Sarawak untuk mensertifikasi semua loji janakuasa hidro di bawah HSS serta menegakkan Deklarasi San José bahawa satu-satunya hidroelektrik yang boleh diterima ialah hidroelektrik yang mampan,” jelas beliau.

Dalam ucapan penutupnya, beliau menggesa kepada perkongsian strategik serantau, menegaskan komitmen Sarawak sebagai tonggak utama masa depan tenaga bersih ASEAN.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Trump berlepas dari Malaysia ke Jepun bagi peringkat kedua jelajah Asia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.