Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Abang Johari lancar bekalan gas paip pertama ke Sungai Plan di Bintulu
  • SEMASA

Abang Johari lancar bekalan gas paip pertama ke Sungai Plan di Bintulu

Utusan Sarawak 2 days ago
ABANG Johari menandatangani plak perasmian sempena pelancaran rasmi bekalan gas berpaip pertama ke kawasan perumahan di Sungai Plan, Bintulu, hari ini.

BINTULU:  Kerajaan Sarawak hari ini melakar sejarah apabila Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melancarkan bekalan gas paip pertama ke kawasan perumahan di Sungai Plan di sini.

Pelancaran ini menandakan permulaan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Sarawak (SGR), satu pelan strategik kerajaan negeri untuk membekalkan gas secara langsung kepada rakyat menerusi sistem saluran paip moden.

Abang Johari berkata, projek itu merupakan langkah awal ke arah membolehkan rakyat Sarawak menikmati manfaat terus daripada sumber gas asli yang dikeluarkan di negeri sendiri. 

Menurutnya, kejayaan projek perintis di Miri membuktikan potensi besar sistem tersebut apabila penduduk di sana berjaya menjimatkan sehingga 44 peratus daripada perbelanjaan gas harian.

“Maknanya mereka dapat menyimpan RM40 jika harga asalnya RM100,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran.

Melalui SGR, Sarawak merancang untuk membina rangkaian saluran paip berpusat menggunakan pendekatan ‘hub and spoke’ dengan pembinaan hab gas di Bintulu, Kuching, Miri dan Sibu. 

Dari hab ini, gas akan disalurkan ke kawasan sekeliling termasuk kawasan luar bandar dan pedalaman seperti Kapit.

Abang Johari menjelaskan bahawa Sarawak menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada melalui Ordinan Pengagihan Gas Sarawak yang membolehkan negeri ini mengawal dan membangunkan infrastruktur gas secara bebas. 

Petroleum Sarawak Berhad (Petros), syarikat minyak dan gas milik kerajaan negeri telah dilantik sebagai pengagregat tunggal untuk mengurus keseluruhan sistem pengedaran gas.

“Kerajaan Persekutuan melalui Perdana Menteri juga telah bersetuju, menerusi deklarasi bersama, untuk melantik Petros sebagai sole aggregator bagi Sarawak. 

“Semua syarikat gas perlu mematuhi undang-undang dan peraturan negeri,” katanya.

Projek di Sungai Plan melibatkan pemasangan sistem paip sejauh lebih tiga kilometer termasuk pembinaan stesen ‘city gate’ dan sambungan dalaman untuk 39 rumah dalam fasa awal. 

Petros menyasarkan untuk memperluas liputan kepada lebih 3,500 isi rumah menjelang 2027.

Abang Johari turut menegaskan bahawa projek berkenaan memberi manfaat kepada tiga kumpulan utama iaitu pengguna kediaman, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), serta industri berat seperti pengeluaran metanol. 

Kadar bayaran pula akan ditetapkan secara berperingkat mengikut kategori pengguna, dengan pengguna kediaman menikmati kadar lebih rendah.

“Kita tidak mahu rakyat terbeban. 

“Golongan B40 dan berpendapatan rendah akan terus dibantu melalui kadar caj yang berpatutan,” jelasnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pelantikan semula ke Dewan Negara: Suara Sarawak terus diperkasa di peringkat Persekutuan
Next: Premier Sarawak, KM Sabah sambut baik pengumuman Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.