Abang Johari hadiri solat Jumaat, teruskan lawatan rasmi di Miri

Facebook
WhatsApp
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menunaikan solat Jumaat di Masjid At-Taqwa Miri sejurus tiba di bandar raya ini pada 12.15 tengah hari tadi. Foto UKAS

MIRI: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menunaikan solat Jumaat di Masjid At-Taqwa Miri sejurus tiba di bandar raya ini pada 12.15 tengah hari tadi.

Kehadiran beliau disambut oleh para jemaah serta kepimpinan tempatan yang turut mengambil peluang beramah mesra bersama Premier Sarawak.

Bagi rangka lawatan tersebut, pada hari sama beliau dijadualkan menghadiri Majlis Makan Malam bersama Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat (KMKK) serta kepimpinan akar umbi sebagai platform memperkukuh hubungan antara kerajaan negeri dan masyarakat setempat.

Pada Sabtu ini, beliau dijadualkan merasmikan program Sarawakku Sayang Bahagian Miri yang bertujuan memperkasa kesejahteraan rakyat serta memperkukuh agenda pembangunan negeri.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan tetamu kehormat yang lain.

-UKAS

Buruh ditahan miliki syabu di Selangau

SELANGAU, 20 Oktober: Polis menahan seorang lelaki tempatan berumur 26 tahun serta merampas dadah disyaki jenis Syabu, semalam. Ketua Polis