Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Abang Johari hadiri majlis Aidilfitri anjuran Pejabat Timbalan Menteri
  • TEMPATAN

Abang Johari hadiri majlis Aidilfitri anjuran Pejabat Timbalan Menteri

Utusan Sarawak 3 weeks ago

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, meluangkan masa menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang dianjurkan di Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, semalam.

Ketibaan Abang Johari sekitar 1.30 petang disambut mesra oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol, serta Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee, dan Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Awang Putrayusrie Awang Redzuan.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan harmoni itu bukan sahaja meraikan sambutan Aidilfitri, malah menjadi platform untuk memperkukuh hubungan silaturrahim antara pimpinan negeri dan penjawat awam.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: PKS terus diberi keutamaan, fokuskan teknologi, pendigitalan
Next: ADUN Kota Sentosa bantu selesai isu LPS keluarga tertangguh hampir dua dekad

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.