Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Abang Johari dianugerah pingat The Order of the Rising Sun
  • SEMASA

Abang Johari dianugerah pingat The Order of the Rising Sun

Utusan Sarawak 10 hours ago
PREMIER Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

KUCHING: Kerajaan Jepun menganugerahkan pingat The Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai pengiktirafan atas sumbangan beliau dalam memperkukuh hubungan antara Jepun dan Malaysia.

Kedutaan Jepun memaklumkan Abang Johari antara penerima Autumn Imperial Decorations 2025 yang diumum kerajaan Jepun. 

“Penganugerahan itu sebagai menghargai usaha luar biasa beliau dalam menggalakkan pertukaran serantau dan persefahaman antara Jepun dan Malaysia,” menurut Kedutaan Jepun dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, Abang Johari telah memainkan peranan penting dalam memajukan kerjasama ekonomi dan tenaga antara Jepun dan Sarawak, khususnya dalam sektor tenaga boleh baharu seperti hidrogen dan amonia.

“Di bawah kepimpinan beliau (Abang Johari), Sarawak telah memperkukuh kerjasama dengan syarikat-syarikat terkemuka Jepun, menyumbang kepada peralihan tenaga Jepun dan keselamatan tenaga jangka panjang melalui pembekalan gas asli cecair (LNG) yang stabil,” menurut kenyataan itu.

Abang Johari turut memainkan peranan utama dalam menggalakkan kerjasama alam sekitar yang melibatkan universiti dan organisasi dari Jepun, dengan menumpukan kepada projek pemuliharaan hutan dan pemeliharaan biodiversiti.

Selain kerjasama dalam sektor ekonomi dan alam sekitar, beliau juga secara aktif menyokong pertukaran akademik dan belia yang telah mengukuhkan persefahaman antara Jepun dan Sarawak.

“Dedikasi dan kepimpinan beliau telah memberikan impak yang berkekalan terhadap persahabatan dan kerjasama antara Jepun dan Malaysia,” menurut kedutaan itu.

-BERNAMA

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Landas Azam Kasihnya Warisan 3 ungguli Regata Sarawak 2025, dinobat Raja Sungai
Next: Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang akhiri lawatan rasmi empat hari di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.