Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Abang Johari berbuka puasa bersama warga 1 Divisyen
  • TEMPATAN

Abang Johari berbuka puasa bersama warga 1 Divisyen

Utusan Sarawak 3 years ago

KETIBAAN Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pekarangan Masjid Solehuddin Al-Ayubi, Kem Penrissen disambut oleh Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Dato’ Dzulkafl i Mustaffa dan Panglima 3 Briged, Brigedier Jeneral Mohd Kamil Abdul Latiff.

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir ke Majlis Berbuka Puasa, Solat Berjemaah Maghrib, Isya’ dan Sunat Tarawih bersama-sama dengan warga 1 Divisyen di Masjid Solehuddin Al-Ayubi, Kem Penrissen di sini, petang kelmarin.

Seramai 200 warga 1 Divisyen yang terdiri daripada pegawai atasan pelbagai pangkat dan anggota tentera hadir ke majlis tersebut.

Majlis kemudiannya disusuli dengan solat Maghrib, Isya’ dan solat sunat Tarawih dipimpin oleh Leftenan Kolonel Mohd Sukri Yahya.

Turut hadir, Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Dato’ Dzulkafli Mustaffa, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki, Panglima 3 Briged, Brigedier Jeneral Mohd Kamil Abdul Latiff, Panglima 9 Briged, Brigedier Jeneral Mohd Shauari Mat Piah dan Panglima 31 Briged, Brigedier Jeneral Abdul Jalal Zaidi Abdul Majid.

Continue Reading

Previous: BDA perkenal ‘digital parking’
Next: Penduduk Tanjong Manis terima 7,000 pek bubur pedas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.