Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Abang Jo terima dua kunjungan hormat
  • TEMPATAN

Abang Jo terima dua kunjungan hormat

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN… Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg merakam kenangan bersama rombongan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak diketuai Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail (empat, kiri).

KUCHING: Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima dua kunjungan hormat bertempat di pejabatnya Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, di sini, semalam.

Kunjungan pertama adalah daripada Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak yang diketuai oleh Menteri Muda Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Wilayah, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail yang juga Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak.

Tujuan kunjungan adalah membincangkan perkara berkisar mengenai pembinaan bangunan baharu Pertubuhan Peladang Sarawak dengan peruntukan sebanyak RM20 juta oleh Kerajaan Sarawak kepada pertubuhan berkenaan.

Sejurus selepas itu, Abang Johari menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya Tan Sri Datuk Sri Panglima Abdul Rashid Abdul Rahman bagi membincangkan mengenai laporan terkini mengenai penambahbaikan sistem pilihan raya di Malaysia dan beberapa perkara lain yang berkaitan.

Turut serta mengiringi Pengerusi berkenaan adalah Ketua Eksekutif Jawatankuasa tersebut, Amerul Muner Mohammad.

Continue Reading

Previous: RM3.25 juta laksana 9 JPD Parlimen Bintulu
Next: RM30 juta naik taraf Semenggoh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.