Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Aaron-Wooi Yik naib juara Terbuka Thailand
  • SUKAN

Aaron-Wooi Yik naib juara Terbuka Thailand

Utusan Sarawak 4 years ago
PASANGAN beregu Aaron-Wooi Yik yang menampikan aksi terbaik pada Kejohanan Terbuka Thailand kali ini.• Foto BERNAMA

BEREGU utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mempamerkan aksi penuh semangat sebelum tunduk kepada pasangan ketujuh dunia dari Taiwan Lee Yang-Wang Chi Lin dalam final kejohanan badminton Terbuka Thailand Toyota, semalam.

Pasangan di ranking kesembilan dunia itu  tewas 13-21, 18-21 dalam perlawanan berlangsung selama 36 minit di Impact Arena, Bangkok.

“Mereka memberi tekanan kepada kami sejak dari mula. Mereka lebih kuat dari kami, ia agak sukar untuk melakukan serangan. Namun, pada set kedua, kami bermain lebih agresif.

“Tapi, lawan kami bermain dengan baik sekali, mereka mengasak hingga kami melakukan banyak kesilapan,” kata Wooi Yik dalam laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.com.

Sementara itu, Aaron berkata mereka telah mempamerkan prestasi lebih baik berbanding kejohanan sebelum ini menyaksikan mereka tersingkir awal dalam saingan Terbuka Thailan Yonex minggu lepas.

“Hari ini, kami tidak berjaya meraih juara namun di tempat kedua sudah cukup mengembalikan keyakinan kami. Minggu depan, semuanya bermula dari bawah. Kami perlu fokus dalam permainan, lupakan apa yang telah berlaku dan mula kembali,” kata Aaron.

Gandingan Taiwan itu membawa pulang hadiah AS$74,000 (RM298,726) manakala pasangan negara meraih AS$35,000 (RM141,289) selaku naib juara.-Bernama

Continue Reading

Previous: Tokyo 2020 ikut jadual
Next: FAS, PSS bangunkan bola sepak Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.