Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir Masters China, Pearly-Thinaah terkandas
  • SUKAN

Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir Masters China, Pearly-Thinaah terkandas

Utusan Sarawak 3 weeks ago
Aaron Chia-Soh Wooi Yik
Pearly Tan-M Thinaah

FOTO: Facebook Badminton Association Malaysia (BAM)

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke separuh akhir Masters China 2025 selepas menewaskan pasangan Indonesia,Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana pada aksi suku akhir hari ini.

Pasangan negara yang berada di raking kedua dunia itu kekal tenang dan berjaya mencatatkan kemenangan straight set 21-19, 21-18 dalam pertemuan pertama mereka di Shezhen Arena.

Di separuh akhir esok, bekas juara dunia Aaron-Wooi Yik berdepan cabaran pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty yang sebelum itu menyingkirkan gandingan tuan rumah Ren Xiang Yu-Xie Haonan 21-14, 21-14.

Sementara itu, beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah  terpaksa akur selepas tewas dalam aksi sengit suku akhir menentangan gandingan Korea Selatan Baek Ha Na-Lee So Hee 21-23, 21-19, 20-22 dalam pertarungan yang mengambil masa satu jam 28 minit.

Menurut Pearly, perlawanan itu lebih banyak menguji ketahanan mental mereka.

“Secara fizikal semua orang dah letih. Mental je yang buat kami terus bertahan dalam gelanggang.

“Akhir sekali, kami buat beberapa kesilapan — terlalu gopoh walaupun kami dah mendahului pada mata akhir. Itu yang kami kena bincang dan baiki lagi lepas ni,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF). – Bernama

Continue Reading

Previous: Toh Puan Fauziah rasmi Kejohanan Boling PERKEP Kontinjen Sarawak 2025
Next: Boateng umum persaraan selepas kerjaya cemerlang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.