Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Aaron-Wooi Yik ke separuh akhir, Sze Fei-Nur Izzuddin tumbang
  • SUKAN

Aaron-Wooi Yik ke separuh akhir, Sze Fei-Nur Izzuddin tumbang

Utusan Sarawak 2 months ago
AKSI beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik semasa saingan Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di Ningbo, China hari ini. – Foto FB Persatuan Badminton Malaysia (BAM)

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil tunggal negara yang berjaya mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di Ningbo, China selepas menumpaskan pasangan Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto di pusingan suku akhir hari ini.

Juara dunia 2022 itu tidak berdepan masalah apabila memperoleh kemenangan straight set 21-16, 21-11 dalam tempoh 30 minit.

Pilihan keenam kejohanan itu dijadual bertemu wakil tuan rumah, Liang Wei Keng-Wang Chang bagi memburu slot ke perlawanan akhir Ahad ini.

Terdahulu Wei Keng-Wang Chang mara selepas menundukkan gandingan Indonesia, Shohibul Fikri-Daniel Marthin 21-19, 21-19 dalam tempoh 42 minit.

Dalam pada itu, hasrat pilihan pertama kejohanan dari Malaysia Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani untuk mara ke separuh akhir tidak kesampaian apabila tunduk kepada pasangan China, Chen Bo Yang-Liu Yi.

Bagaimanapun Bo Yang-Liu Yi tidak diberi laluan mudah oleh beregu utama negara itu apabila dipaksa bermain tiga set sebelum memenangi aksi itu 21-16, 18-21, 22-20 yang berlangsung lebih satu jam. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Kehadiran semula Man Utd ke Malaysia detik bermakna – Presiden FAM
Next: Program sukan mampu cungkil, lahirkan atlet berbakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.