Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Aaron-Wooi Yik gagal pecah kemarau 12 tahun di Terbuka Malaysia
  • SUKAN

Aaron-Wooi Yik gagal pecah kemarau 12 tahun di Terbuka Malaysia

Utusan Sarawak 9 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan pingat kepada beregu lelaki Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik selepas menjadi naib juara menentang beregu Korea Selatan, Kim Won Ho dan Seo Seung Jae pada kejohanan Badminton Terbuka Malaysia Petronas 2026 di Axiata Arena di sini, hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Harapan beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk menjuarai Terbuka Malaysia 2026 musnah selepas mereka tewas di di pentas final, sekali gus melanjutkan kemarau 12 tahun Malaysia dalam acara tersebut.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini, pasangan pilihan kedua itu tewas 15-21, 21-12, 18-21 kepada gandingan pilihan utama dan juara bertahan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.

Pasangan nombor dua dunia itu bermula perlahan dan tewas set pertama 15-21 selepas melakukan beberapa kesilapan mudah.

Namun, juara dunia 2022 itu bangkit pada set kedua, menampilkan permainan mantap untuk mendahului 18-11 dan akhirnya memaksa set penentuan dengan kemenangan meyakinkan 21-12.

Momentum perlawanan berubah pada set penentuan apabila pasangan Korea itu mendahului 11-4, tetapi Aaron-Wooi Yik enggan menyerah, kembali menyaingi lawan sehingga jarak mata hanya satu, 18-17. 

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga, kanan) memberi tepukan kepada beregu Korea Selatan, Kim Won Ho dan Seo Seung Jae serta beregu lelaki Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik selepas menamatkan perlawanan akhir pada kejohanan Badminton Terbuka Malaysia Petronas 2026 di Axiata Arena di sini, hari ini. Aaron Chia dan Soh Wooi Yik tewas 15-21, 21-12, 18-21. Foto Bernama

Bagaimanapun, juara bertahan itu menutup perlawanan dengan kemenangan 21-18 selepas pertarungan sengit selama satu jam enam minit.

Kekalahan ini menandakan pencarian Malaysia untuk juara beregu lelaki di pentas sendiri masih berterusan, dengan kemenangan terakhir milik Goh V Shem-Lim Khim Wah pada edisi 2014.

Selain itu, ia turut melanjutkan penantian Aaron-Wooi Yik untuk memenangi gelaran Super 1000, selepas ini merupakan kekalahan ketujuh mereka di peringkat tersebut.

Sebagai juara beregu lelaki, Won Ho–Seung Jae membawa pulang hadiah wang tunai AS$107,300 (RM439,232), manakala Aaron-Wooi Yik selaku naib juara menerima AS$50,750 (RM207,745).

-Bernama 

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Kunlavut dari Thailand rangkul gelaran Super 1000 pertama, terima hadiah daripada Chong Wei
Next: Bradley, bek kanan Liverpool tersisih hingga akhir musim akibat kecederaan lutut ‘serius’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.