Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Aaron-Wooi Yik gagal ke final Terbuka India
  • SUKAN

Aaron-Wooi Yik gagal ke final Terbuka India

Utusan Sarawak 13 hours ago
BEREGU lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik tersingkir di peringkat separuh akhir Terbuka India 2026 selepas tewas kepada pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita, di Kompleks Sukan Indira Gandhi, New Delhi, malam ini.

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik tersingkir di peringkat separuh akhir Terbuka India 2026 selepas tewas kepada pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita, di Kompleks Sukan Indira Gandhi, New Delhi, malam ini.

Sebagai pilihan kedua, Aaron-Wooi Yik tewas 10-21, 21-13, 11-21 dalam perlawanan selama 44 minit, menandakan kekalahan pertama mereka kepada pasangan Jepun itu selepas kemenangan pertama dicatat pada Mei tahun lepas.

Dalam set pembukaan, Aaron-Wooi Yik dilihat sukar mengekalkan rentak permainan apabila pihak lawan menguasai tempo dengan permainan di jaring yang tajam serta pertahanan mantap.

Bagaimanapun, pasangan nombor dua dunia itu bangkit dengan cemerlang pada set kedua apabila berjaya memperkemas pertahanan dan meningkatkan tempo permainan bagi memaksa perlawanan ke set penentuan.

Set penentuan menyaksikan Midorikawa-Yamashita kembali menguasai permainan dengan mendahului sejak awal dan mengekalkan ketenangan untuk menamatkan perlawanan sekaligus melayakkan diri ke peringkat akhir.

Kejohanan berstatus 750 itu menawarkan hadiah AS$950,000 (RM3.8 juta) dan Aaron-Wooi Yik, selaku layak ke separuh akhir, membawa pulang hadiah wang tunai AS$13,300 (RM53,958).

-Bernama 

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Man United hancurkan City, permulaan indah era Carrick
Next: Arsenal lebarkan jurang Liga Perdana meskipun buntu di Forest

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.