Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Aaron-Wooi Yik cemerlang tempah slot final All England
  • SUKAN

Aaron-Wooi Yik cemerlang tempah slot final All England

Utusan Sarawak 3 weeks ago

Pemain Beregu Lelaki Malaysia, Aaron Chia (kanan) dan Soh Wooi Yik. Foto fail.

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghampiri gelaran Kejohanan All England 2026 selepas menewaskan pasangan China Chen Bo Yang-Liu Yi dalam aksi separuh akhir pada Sabtu. 

Pilihan kedua kejohanan itu mengambil masa 42 minit untuk menumpaskan lawan mereka yang juga pasangan di ranking ke 11 dunia dengan keputusan 21-11, 21-19 pada aksi mendebarkan di Arena Utilita Birmingham.

Aaron-Wooi Yik memperoleh kelebihan awal apabila menguasai set pertama dalam tempoh hanya 15 minit.

Pertarungan set kedua bagaimanapun berlangsung sengit dengan suatu ketika Aaron Wooi Yik ketinggalan 15-18, namun berjaya bangkit menyamakan kedudukan 18-18 sebelum kemenangan memihak kepada pasangan nombor dua dunia itu dengan 21-19. 

Menanti Aaron-Wooi Yik di pentas akhir sama ada pilihan pertama kejohanan dari Korea Selatan Kim Won Ho-Seo Seung Jae atau gandingan Indonesia Raymond Indra-Nikolaus Joaquin yang akan bertemu dalam satu lagi aksi separuh akhir. 

Kali terakhir beregu lelaki Malaysia memenangi gelaran All England menerusi Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada edisi 2007.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Pearly Tan-M Thinaah kandas separuh akhir badminton All England 2026
Next: Piala FA: City mara ke suku akhir, tewaskan Newcastle

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.