Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Aaron-Wooi Yik ‘bermandi peluh’ ke suku akhir Masters China
  • SUKAN

Aaron-Wooi Yik ‘bermandi peluh’ ke suku akhir Masters China

Utusan Sarawak 4 hours ago
BADMINTON… Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dipaksa bermandi peluh sebelum melangkah ke suku akhir Masters China selepas menundukkan pasangan England, Ben Lane-Sean Vendy pada aksi pusingan kedua, hari ini.

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dipaksa bermandi peluh sebelum melangkah ke suku akhir Masters China selepas menundukkan pasangan England, Ben Lane-Sean Vendy pada aksi pusingan kedua, hari ini.

Bekas juara dunia itu bermula longlai apabila tewas set pertama 14-21, namun bangkit mempamerkan ketenangan untuk meraih kemenangan dalam dua set berikutnya 21-15, 25-23 dalam pertarungan sengit yang berlangsung selama 72 minit.

Menanti Aaron-Wooi Yik di suku akhir esok ialah sama ada rakan senegara Man Wei Chong-Tee Kai Wun atau beregu Indonesia, Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana, yang akan turun beraksi lewat malam ini.

Sementara itu, cabaran Malaysia dalam acara perseorangan lelaki berakhir selepas Leong Jun Hao tumpas di tangan pemain tuan rumah Li Shi Feng 11-21, 21-19, 8-21.

Turut tersingkir ialah beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin yang tewas kepada gandingan China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping  21-16, 7-21, 10-21.

Sementara itu, beregu wanita negara Pearly Tan–M Thinaah mara ke suku akhir selepas mudah menundukkan pasangan Amerika Syarikat, Francesca Corbett–Jennie Gai 21-11, 21-8.

Pasangan nombor dua dunia itu bakal berdepan wakil Korea Selatan, Baek Ha Na–Lee So Hee yang menewaskan beregu negara, Ong Xin Yee–Carmen Ting 21-13, 21-9.

Dalam pada itu, satu lagi beregu lelaki negara, Man Wei Chong–Tee Kai Wun gagal melangkah ke suku akhir selepas tewas kepada pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando–Bagas Maulana 19-21, 23-21, 14-21.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Masters China: Tang Jie-Ee Wei ke suku akhir, Soon Huat-Shevon tersingkir
Next: Kalimantan Barat umum tidak sertai Sukan Borneo 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.