Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Aaron Tai raih, pujian dariapda bekas juara dunia
  • SUKAN

Aaron Tai raih, pujian dariapda bekas juara dunia

Utusan Sarawak 10 hours ago
BEREGU lelaki negara Kang Khai Xing dan Aaron Tai. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pemain beregu lelaki negara yang sedang meningkat naik, Aaron Tai, berjaya menarik perhatian bekas juara dunia perseorangan wanita dari India, P V Sindhu susulan aksi cemerlangnya di Terbuka Singapura 2026.

Sindhu, yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, menyifatkan Aaron sebagai “pemain yang sangat-sangat menarik” selepas pemain berusia 19 tahun itu bersama gandingannya, Kang Khai Xing mengejutkan pasangan nombor tujuh dunia dari Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani, pada pusingan kedua dengan kemenangan 21-19, 21-17, semalam.

“Aaron Tai pemain yang sangat-sangat menarik. Saya mengikuti perkembangan beliau sejak kejohanan remaja lagi dan dia sememangnya dikenali kerana sering menampilkan pukulan kreatif serta menghiburkan di gelanggang,” kata Sindhu menerusi akaun X miliknya. 

Pemain ranking ke 11 dunia itu berkata beberapa rakan pelatihnya di Bangalore pernah menentang Aaron dalam saingan remaja sebelum ini dan mereka memberikan pujian tinggi terhadap pemain Malaysia tersebut.

Kata-kata positif daripada Sindhu itu pastinya memberi suntikan semangat kepada Aaron dan Khai Xing yang dijadual menentang pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, dalam aksi suku akhir hari ini.

Satwiksairaj-Chirag menempah slot suku akhir selepas menyingkirkan wakil Taiwan Lee Jhe-Hui dan Yang Po-Hsuan 21-15, 11-21, 21-18.

Khai Xing dan Aaron sebelum ini pernah mencipta kejutan ke atas beregu utama India itu apabila menang 23-21, 21-12 dalam pertemuan sulung mereka pada pusingan pertama All England 2026 di Birmingham pada Mac lepas.

Aaron, yang semakin menyerlah bersama Khai Xing, kini muncul sebagai antara prospek beregu muda paling cerah Malaysia selepas menampilkan beberapa persembahan memberangsangkan di pentas antarabangsa.

Antara pencapaian terbaik mereka ialah muncul juara beregu lelaki remaja di Kejohanan Remaja Dunia 2024 di Nanchang, China.

Pasangan ranking ke-27 dunia itu juga berjaya merangkul tiga gelaran tahun lepas iaitu Malaysia Super 100, Syed Modi International dan Guwahati Masters.- Bernama

Continue Reading

Previous: Mampukah Messi sekali lagi menyerlah buat Argentina pada Piala Dunia?
Next: Empat beregu tersingkir, cabaran Malaysia di Terbuka Singapura tamat di suku akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.