Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • AADK tahan 1,411 individu dalam Op Cegah Khas seluruh negara
  • NASIONAL

AADK tahan 1,411 individu dalam Op Cegah Khas seluruh negara

Utusan Sarawak 2 weeks ago
AADK menahan 1,411 individu dalam Op Cegah Khas yang dijalankan secara serentak di seluruh negara dengan menyasarkan lokasi tumpuan termasuk di Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) penagihan dadah. 

ALOR SETAR: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menahan 1,411 individu dalam Op Cegah Khas yang dijalankan secara serentak di seluruh negara dengan menyasarkan lokasi tumpuan termasuk di Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) penagihan dadah. 

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK Zainudin Abdullah berkata daripada jumlah itu, sebanyak 1,132 individu berusia antara 19 hingga 61 tahun didapati positif dadah manakala 279 bakinya ditahan kerana gagal hadir jamin pada tarikh ditetapkan serta gagal mematuhi syarat rawatan pemulihan dalam komuniti.

“Penggunaan dadah jenis methamphetamine adalah paling tinggi iaitu 86 peratus diikuti opiat, ganja dan lain-lain. Dalam operasi dijalankan tiga hari bermula Isnin lepas, Kedah mencatatkan jumlah penahanan tertinggi iaitu 263 individu, diikuti Johor (151) dan Perak (139).

“AADK turut mengesan penyalahgunaan ketum. Kita tahan bagi tujuan rawatan serta pemulihan selaras dengan pindaaan Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua ditahan kini disiasat di bawah Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan & Pemulihan) 1983.

Zainudin berkata Kedah merupakan negeri tumpuan bagi Op Cegah Khas kali ini dengan 263 penagih ditahan dan daripada jumlah itu, sebanyak 178 orang merupakan penagih baharu. 

“Kuala Kedah di daerah Kota Setar mencatat jumlah tangkapan tertinggi di negeri ini, diikuti Kota Kuala Muda di daerah Kuala Muda dan Ayer Hangat di Langkawi. Ini menjadikan data tangkapan keseluruhan di Kedah dari Januari hingga hari ini adalah sebanyak 3,189 orang. 

“AADK menjalankan operasi ini bagi mengesan secara intensif penagih dan mereka yang terlibat penyalahgunaan dadah untuk diberikan rawatan serta pemulihan yang ditawarkan oleh AADK. Jadi, kita menyeru kepada semua yang menghadapi masalah penyalahgunaan dadah tampil secara sukarela untuk rawatan dan pemulihan,” katanya.

Dalam pada itu, Zainudin berkata AADK akan terus mempertingkatkan operasi pengesanan bagi membolehkan tangkapan, rawatan dan pemulihan dilakukan terhadap penyalahgunaan bahan larangan selain dadah termasuk gam dan ketum. 

“Sekarang, AADK berdepan dengan pelbagai cabaran apabila dadah mudah diperolehi oleh golongan muda melalui pembelian secara dalam talian. Jadi, kita seru ibu bapa, masyarakat dan komuniti untuk sentiasa peka bagi mencegah isu berkaitan dadah ini lebih awal.

“AADK akan memberikan program rawatan dan pemulihan yang komprehensif untuk membantu mereka keluar daripada masalah penagihan sekali gus dapat menjadikan mereka lebih bertanggungjawab kepada keluarga masing-masing,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: BUDI95 bakal cetus gelombang kesedaran keselamatan jalan raya
Next: Perpustakaan Negara anjur Kempen Malaysia membaca sepanjang Oktober

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.