Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • AADK Sibu perkasakan kerjasama agensi melalui sukan pickleball
  • SUKAN

AADK Sibu perkasakan kerjasama agensi melalui sukan pickleball

Utusan Sarawak 2 hours ago
SEMANGAT KESUKANAN…. Perlawanan persahabatan pickleball AADK Daerah Sibu dengan kerjasama SKUAD Antidadah Sibu (SKUAD) menentang pasukan Sarawak Energy Berhad Sibu Region (SEB). Foto Facebook AADK Daerah Sibu

SIBU: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu dengan kerjasama SKUAD Antidadah Sibu (SKUAD) telah menganjurkan satu perlawanan persahabatan pickleball menentang pasukan Sarawak Energy Berhad Wilayah Sibu (SEB) di Gelanggang Pickleball SEB, petang semalam.

Perlawanan itu bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dan gaya hidup sihat dalam kalangan penjawat awam, sukarelawan dan syarikat berkaitan kerajaan.

AKSI perlawanan.

Selain itu, ia berfungsi sebagai platform untuk memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara AADK bersama pemegang taruh penting di Daerah Sibu. 

Keunikan penganjuran itu dapat dilihat melalui komposisi ahli SKUAD yang terdiri daripada gabungan pelbagai agensi kerajaan dan badan korporat serta badan berkanun.

Antara yang terlibat dalam pasukan SKUAD termasuklah wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), SMK Bukit Lima, SMK Rosly Dhoby, Telekom Malaysia (TM) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). 

PENYAMPAIAN cenderamata.

Program itu membuktikan komitmen AADK dalam menggembleng tenaga pelbagai agensi untuk menyokong aspirasi Dadah Terkawal 2030, bukan sahaja melalui penguatkuasaan dan pendidikan, malah melalui aktiviti riadah yang membina hubungan baik sesama agensi.

Turut hadir wakil Ketua Daerah AADK Daerah Sibu Mohamad Farizal Mohamad Buang, Jabu Ngumbang, Pengurus Wilayah Tengah SEB, Pengerusi Jawatankuasa SKUAD Raden Khairulzaman Raden Bestari, Timbalan Pengerusi SKUAD Mohamad Mostapha Lasot, kakitangan dari pejabat AADK Daerah Sibu serta SEB dan ahli SKUAD.

Oleh Akun Giman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Aaron-Wooi Yik tempah slot suku akhir Terbuka India

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.