Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • AADK perkasa kesedaran bahaya dadah di Niah
  • Utara
  • WILAYAH

AADK perkasa kesedaran bahaya dadah di Niah

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Rosey Yunus ketika ditemui media pada Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah (JABD) Miri 2026 di Dewan Masyarakat Sepupok, Niah.

NIAH: Program pemerkasaan masyarakat berkaitan bahaya dadah menjadi wadah penting dalam memperkukuh kesedaran awam mengenai risiko penyalahgunaan dadah serta tanggungjawab bersama dalam memastikan Sarawak bebas daripada ancaman tersebut.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus berkata, usaha membanteras dadah bukan hanya terletak di bahu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) atau pihak polis semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama menyeluruh semua pihak termasuk pemimpin masyarakat, ibu bapa dan komuniti setempat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah (JABD) Miri 2026 di Dewan Masyarakat Sepupok, Niah, hari ini.

Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu berkata, pendekatan secara langsung oleh pegawai AADK membantu masyarakat memahami kesan buruk penyalahgunaan dadah dengan lebih jelas berbanding hanya melalui media.

ALBUM… Datuk Rosey Yunus merakamkan kenangan bersama agensi AADK Miri dan masyarakat Niah pada Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah (JABD) Miri 2026 di Dewan Masyarakat Sepupok, Niah.

Menurutnya, kehadiran pegawai AADK, ketua masyarakat dan ketua kaum turut memperkukuh usaha kerajaan dalam memastikan Sarawak bebas dadah.

Beliau turut menegaskan bahawa dadah memberi kesan besar bukan sahaja kepada individu, malah kepada pembangunan modal insan dan kemajuan negeri.

Turut hadir ialah Ketua Daerah AADK Miri Rosmah Nasir, Pemanca Dr Ali Mudin, Penghulu Dr Wan Pauzi, Penghulu Pui Kuan Phen serta ketua-ketua kaum setempat.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 35 penderma jayakan Kempen Derma Darah APM Sarikei
Next: Kecekapan pemancing wanita raih gelaran juara di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.