Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis tumpaskan sindiket edar serbuk ekstasi, dua lelaki ditahan
  • JENAYAH

Polis tumpaskan sindiket edar serbuk ekstasi, dua lelaki ditahan

Utusan Sarawak 7 hours ago
KETUA Polis Daerah Asisten Komisioner Polis (ACP) Mohd Farhan Lee Abdullah menunjukkan dadah yang dirampas, pada sidang media sidang media hari ini.

MIRI: Satu sindiket pengedaran dadah jenis serbuk ekstasi berjaya ditumpaskan selepas polis menahan dua lelaki di sebuah rumah di Jalan Taman Delight Utama di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Polis (ACP) Mohd Farhan Lee Abdullah dalam sidang media hari ini berkata, suspek pertama seorang lelaki warga asing berusia 44 tahun ditahan sekitar 9.00 malam, 12 Mei lalu.

“Hasil tangkapan, polis merampas dianggarkan 117,064 gram dadah disyaki serbuk ekstasi dan 400 biji pil disyaki dadah ekstasi.

“Jumlah keseluruhan rampas dadah dianggarkan bernilai RM137,064.

“Dadah yang dirampas ini boleh digunakan untuk 177,464 penagih,” katanya.

HASIL tangkapan, polis merampas dianggarkan 117,064 gram dadah disyaki serbuk ekstasi dan 400 biji pil disyaki dadah ekstasi.

Mohd Farhan berkata, suspek kedua berusia 43 tahun pula ditahan di rumah yang sama sekitar 11.00 pagi, 13 Mei lalu.

Katanya, polis turut menyita sebuah kereta yang dianggarkan bernilai RM50,000 dan barang kemas bernilai RM34,638.80.

“Ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-kedua suspek mendapati positif dadah.

“Siasatan awal mendapati suspek warga tempatan adalah ‘runner’ yang mengedarkan dadah di sekitar daerah Miri dan mempunyai rekod kesalahan lampau.

“Manakala suspek warga asing adalah merupakan penjaga stor dan tiada rekod kesalahan lampau,” ujarnya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek masing-masing direman selama tujuh hari sehingga 20 Mei dan 21 Mei ini.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Tiga individu ditahan di Makkah atas penipuan Haji
Next: Big haul by PGA during recent raids

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.