Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kumang Gawai Dayak Kapit 2025 milik Angelina Rani Gawan
  • Tengah
  • WILAYAH

Kumang Gawai Dayak Kapit 2025 milik Angelina Rani Gawan

Utusan Sarawak 10 hours ago
TAHNIAH…Angelina (duduk tengah) diapit oleh Joyce (kanan) dan Francine (kiri) merakamkan kenangan selepas menerima hadiah masing-masing pada Pertandingan Kumang Gawai Dayak Kapit 2025 di Balai Suarah Kapit pada Sabtu lalu. Kredit Facebook Alexander Nanta Linggi

KAPIT: Angelina Rani Gawan dari Song dinobatkan sebagai Kumang Gawai Dayak Kapit 2025 dalam satu acara yang berlangsung meriah di Dewan Suarah Kapit pada Sabtu lalu.

Angelina, yang tampil anggun mengenakan busana tradisional lengkap ‘ngepan Iban’, berjaya menewaskan sembilan peserta lain untuk merebut gelaran tersebut, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, trofi, selampai, hamper dan jambangan bunga.

Naib johan atau Lulong disandang oleh Joyce Elysa Jantum dari Kapit, yang menerima hadiah wang tunai RM4,000, trofi, selampai, jambangan bunga dan hamper, manakala tempat ketiga atau Selinggar Matahari menjadi milik Francine Felicia Mandau, juga dari Kapit, yang membawa pulang wang tunai RM3,000 bersama trofi, selampai, hamper dan jambangan bunga.

Tujuh peserta lain yang menerima hadiah sagu hati masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000, bersama hamper dan jambangan bunga sebagai penghargaan atas penyertaan dan usaha mereka.

Pengerusi Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Kapit, Annie Anthony Belikau berkata, pertandingan yang dianjurkan oleh Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Kapit ini bukan sekadar mempertandingkan keindahan pakaian tradisional, tetapi juga menjadi platform untuk memartabatkan adat dan budaya Dayak agar terus hidup dan dihargai generasi akan datang.

Sementara itu, Angelina dalam kenyataannya meluahkan rasa terharu dan bersyukur atas kejayaan ini, sambil menzahirkan penghargaan kepada keluarga, rakan serta pasukan peminatnya yang sentiasa memberikan sokongan.

“Kami tidak mudah patah semangat meskipun ada suara sinis daripada netizen. Sebaliknya, semua itu menjadi dorongan untuk kami melangkah lebih jauh. Terima kasih kepada semua yang menyokong, dari dekat mahupun jauh,” katanya.

Selepas menjuarai Kumang Song 2025 dan kini Kumang Kapit 2025, Angelina bakal menyertai Pekit Kumang Betong tidak lama lagi, dengan harapan untuk sekali lagi membawa pulang mahkota serta terus memperjuangkan keindahan warisan Iban di pentas yang lebih luas.
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba laksana pemantauan kawasan hotspot pembakaran terbuka
Next: Kapit kaya adat Iban, sesuai diangkat sebagai pusat budaya Dayak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.