Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Wanita dapatkan bantuan bomba keluarkan cincin tersangkut
  • Tengah
  • WILAYAH

Wanita dapatkan bantuan bomba keluarkan cincin tersangkut

Utusan Sarawak 15 hours ago
OPERASI….Pihak bomba memotong cincin yang melekat dijari seorang wanita. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila cincin dijarinya gagal ditanggalkan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor Mahmudin Narudin, mangsa hadir sendiri ke balai bomba pada tengah hari semalam bagi memohon bantuan.

“Bimbang keadaan menjadi lebih serius, tindakan pantas diambil oleh pasukan bomba bagi mengelakkan risiko kecederaan.

“Operasi khidmat khas itu bermula 12.08 tengah hari dan diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Mijan Pamin.

“Pasukan bertugas menggunakan peralatan khas bagi memotong cincin yang tersekat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, cincin dapat dipotong dan ditanggalkan dalam tempoh lebih kurang 10 minit.

“Operasi tamat sepenuhnya pada 12.18 tengah hari dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya segera mendapatkan bantuan profesional dengan segera jika berdepan situasi melibatkan cincin tersangkut atau objek ketat lain pada anggota badan bagi mengelakkan risiko lebih besar termasuk gangguan peredaran darah,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tingkat kecekapan, JBPM Bintangor laksana latihan aras tinggi
Next: Bomba laksana pemantauan kawasan hotspot pembakaran terbuka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.