Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Verstappen tewaskan McLaren, menangi F1 Grand Prix Emilia Romagna
  • SUKAN

Verstappen tewaskan McLaren, menangi F1 Grand Prix Emilia Romagna

Utusan Sarawak 17 hours ago
PEMANDU Red Bull Racing dari Belanda, Max Verstappen memegang trofi di podium selepas memenangi Grand Prix Formula Satu Emilia Romagna 2025 di autodrom Imola di Imola, pada 18 Mei 2025. Foto AFP

IMOLA: Juara bertahan empat kali, Max Verstappen menewaskan dua pelumba pasukan McLaren untuk memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) keduanya musim ini di Grand Prix Emilia Romagna di Itali pada Sabtu, lapor agensi berita Jerman dpa.

Kemenangan pemandu Red Bull itu menamatkan rekod tiga kemenangan berturut-turut Oscar Piastri, yang juga pendahulu kejuaraan, dan terpaksa berpuas hati di tempat ketiga. Rakan sepasukan McLaren, Lando Norris, menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

PEMANDU Red Bull Racing dari Belanda, Max Verstappen tiba di parc ferme selepas memenangi Grand Prix Formula Satu Emilia Romagna 2025 di autodrom Imola di Imola, pada 18 Mei 2025. Foto AFP

Piastri, yang bermula dari petak pertama, mendapat permulaan baik untuk mengekalkan kedudukannya, sementara Verstappen bergelut dan hampir kehilangan tempat kedua kepada George Russell daripada pasukan Mercedes.

Namun, apabila Piastri kehilangan momentum, Verstappen berjaya memintas Russell dan melakukan gerakan hebat pada pusingan pertama untuk memintas pemandu McLaren itu di selekoh kedua.

Dua kereta McLaren sukar merapatkan jurang dengan Verstappen, yang turut bernasib baik apabila melakukan hentian pit pertamanya semasa fasa kereta keselamatan maya, tanpa kehilangan kedudukan pendahulu.

Kemenangan terakhir Verstappen adalah di Grand Prix Jepun pada April. Piastri telah memenangi empat perlumbaan tahun ini, manakala Norris mencatatkan satu kemenangan.

Grand Prix Monaco yang penuh glamor pada 25 Mei adalah perlumbaan seterusnya dalam jadual F1. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Pasukan Takraw Sri Aman dibentuk hadapi Kejohanan Piala Sarawak
Next: Pertandingan bola keranjang: 14 pasukan berentap rebut juara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.