
PETRA JAYA: Enam rang undang-undang (RUU) akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selama lapan hari mulai esok.
Ini termasuk dua RUU iaitu RUU Pembekalan Tambahan (2024), 2025 dan RUU Pembekalan Tambahan (2025), 2025.
Speaker DUN, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata turut dibentang RUU Pusat Biodiversiti Sarawak (pindaan) 2025, RUU Kanun Tanah (pindaan) 2025, RUU Pihak Berkuasa Tempatan (pindaan) 2025 dan Tabung Amanah Pembangunan Infrastruktur (pembubaran) 2025.
“Sebanyak 320 soalan turut dikemukakan oleh 41 anggota DUN, terdiri daripada 247 soalan lisan dan 73 soalan bertulis.
“Kebanyakan soalan itu membabitkan Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan serta Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Majlis perasmian sidang DUN itu akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri,Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Oleh Amanda L