Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kerajaan Sarawak fokus ekonomi baharu, pekerja berkemahiran tinggi
  • SEMASA

Kerajaan Sarawak fokus ekonomi baharu, pekerja berkemahiran tinggi

Utusan Sarawak 9 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui media selepas menghadiri sambutan Hari Pekerja Peringkat Sarawak di Hikmah Exchange, di sini, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Kerajaan Sarawak kini memberi fokus kepada peralihan menuju ekonomi baharu berasaskan teknologi, kemahiran dan produktiviti, selaras dengan aspirasi pelan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Johari Tun Openg berkata, tumpuan diberikan kepada sektor-sektor strategik seperti tenaga boleh diperbaharui, ekonomi digital dan adaptasi terhadap perubahan iklim global yang telah memberi kesan langsung kepada landskap ekonomi dunia.

“Kita perlu mencari halatuju yang betul kerana kita memerlukan latihan serta kepakaran, khususnya dari sudut disiplin teknikal.

“Terdahulu, Pengerusi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sarawak, Zaidi Nasar menyatakan kepentingan kemahiran dan peningkatan kemahiran.

“Ini kerana, ekonomi pada masa kini tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada ilmu yang diperoleh daripada buku di sekolah,” katanya dalam ucapan sambutan Hari Pekerja Peringkat Sarawak di Hikmah Exchange, di sini, hari ini.

Beliau menegaskan, dalam era teknologi moden termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI), pekerja tetap memainkan peranan penting, namun dengan keperluan kemahiran yang lebih tinggi dan bersifat teknikal.

“Namun, pekerja yang diperlukan ialah pekerja bijak, gaji yang setimpal kerana produktiviti mereka sepadan dengan kepakaran yang dimiliki,” ujar beliau.

Menurutnya, Sarawak tidak mahu terperangkap dalam ekonomi kos tinggi dengan produktiviti yang rendah.

Sebaliknya, penggunaan teknologi akan menjadi alat utama dalam mencapai kecekapan serta penjimatan kos dalam semua sektor.

“Kita tak mahu ekonomi kita tinggi kos, tapi produktiviti rendah. Tak mengapa kos tinggi, asalkan ia efisien. Teknologi ini memberi penjimatan. Gaji tinggi pun tak mengapa, asalkan produktiviti setara,” katanya.

Langkah ini jelas mencerminkan komitmen kerajaan negeri untuk membawa Sarawak ke arah status negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030, dengan tumpuan kepada modal insan yang berkualiti serta berkemahiran tinggi dalam menghadapi cabaran ekonomi masa depan. -UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pendekatan ala ‘Ngap Sayot’ bekerja secara berpasukan perlu – Abang Johari
Next: Enam RUU dibentang pada sidang DUN bermula esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.