Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Hujan lebat, peminat setia tetap hadir di KMF 2025
  • HIBURAN

Hujan lebat, peminat setia tetap hadir di KMF 2025

Utusan Sarawak 11 hours ago
PERSEMBAHAN gabungan mantap Orkestra Kuala Lumpur dan kumpulan Prodigy di bawah pimpinan konduktor terkenal, Mohd Isa Ismail. Foto DBKU

KUCHING: Hujan lebat yang melanda ibu negeri semalam tidak menghalang ribuan peminat muzik untuk membanjiri Panggung Udara, Jalan Taman Budaya bagi menyaksikan Kuching Music Festival 2025 (KMF 2025) yang berlangsung dengan penuh meriah, malam tadi.

PENONTON setia hadir menyaksikan Kuching Music Festival 2025 (KMF 2025). Foto DBKU

Festival muzik yang dinanti-nantikan itu menampilkan pelbagai persembahan memukau, dimulakan dengan gabungan mantap Orkestra Kuala Lumpur dan kumpulan Prodigy di bawah pimpinan konduktor terkenal, Mohd Isa Ismail, menerusi persembahan instrumental yang memukau penonton.

PERSEMBAHAN Firdaus Materang dan Mal Imran.

Turut mencuri tumpuan ialah persembahan solo Mal Imran menerusi lagu ikonik Kamelia, manakala Firdaus Materang mengusik emosi penonton dengan nyanyian lagu Kekasih Bayangan.

Sorakan penonton semakin memuncak apabila Mal Imran berduet bersama Claudia Geres membawakan lagu Something Called Who I Am dan Die With A Smile, memperlihatkan keserasian vokal yang memikat.

PERSEMBAHAN duet Mal Imran dan Claudia Gere. Foto DBKU

Claudia Geres kemudian meneruskan persembahan solo dengan lagu Moonlit Floor (Kiss Me) dan Torn, yang turut mendapat tepukan gemuruh dari para peminat.

Acara diteruskan dengan persembahan bertenaga daripada kumpulan etnik fusion Tuku Kame, diikuti oleh penampilan penyanyi tempatan Valerie Thiam yang menutup malam tersebut dengan penuh bergaya.

KMF 2025 menampilkan Rezza dan Elya. Foto DBKU

Kuching Music Festival 2025 terus membuktikan bahawa semangat muzik mampu menyatukan peminat tanpa mengira cuaca.

Hadir menyaksikan KMF 2025, Datuk Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman. KMF 2025 menampilkan hos, Rezza dan Elya.

Malam ini merupakan malam kedua KMF 2025 menampilkan persembahan Raja Pop, Dato Jamal Abdillah.

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Finas, delegasi Indonesia bincang kerjasama produksi filem di Cannes
Next: Dayang Nurfaizah terima Anugerah Khas Borneo MeleTOP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.