Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga individu ditahan di Makkah atas penipuan Haji
  • JENAYAH

Tiga individu ditahan di Makkah atas penipuan Haji

Utusan Sarawak 11 hours ago
JEMAAH Haji di Tanah Suci Makkah. Foto Bernama

MAKKAH: Peronda keselamatan di Makkah telah menahan tiga pemastautin Indonesia kerana disyaki mendalangi satu skim penipuan di media sosial yang melibatkan iklan kempen haji palsu, yang menawarkan perkhidmatan penginapan dan pengangkutan yang tidak wujud untuk jemaah di kawasan tanah suci.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), suspek telah ditahan dan prosiding undang-undang telah dimulakan terhadap mereka sebelum dirujuk kepada Pendakwa Raya.

Keselamatan Awam Arab Saudi menggesa rakyat dan pemastautin untuk mematuhi peraturan dan garis panduan rasmi berkaitan haji.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengeluarkan amaran terhadap kempen haji palsu, pejabat tidak berlesen yang menawarkan perkhidmatan kepada jemaah, serta iklan yang mengelirukan.

Kementerian itu menekankan kepentingan mematuhi peraturan dan arahan haji yang dirangka bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan jemaah, membolehkan mereka menunaikan ibadah dengan lancar dan aman.

-Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Operasi tangani PATI diteruskan walaupun PRM 2.0 dilanjut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.