Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan pertimbang bina pusat akuatik mini di Bau
  • TEMPATAN

Kerajaan pertimbang bina pusat akuatik mini di Bau

Utusan Sarawak 20 hours ago
MENTERI Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menghadiri Karnival Sukan Bau 2025 yang berlangsung di Stadium Mini Bau pada hari ini. Foto UKAS

BAU: Kerajaan negeri menerusi Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) sedang mempertimbangkan cadangan untuk membina sebuah pusat akuatik di Daerah Bau pada masa akan datang sebagai kemudahan alternatif kepada penduduk setempat yang berminat menceburi sukan renang atau menyertai aktiviti air secara santai.

Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata selain menjadi platform kepada pembangunan sukan akuatik, kemudahan tersebut juga dapat dimanfaatkan oleh keluarga dan masyarakat untuk beriadah secara sihat.

“Kita akan meneliti perkara ini kerana Daerah Bau tidak jauh dari Kuching. Boleh dikatakan ia sebahagian daripada kawasan Kuching.

“Jika kemudahan di Kuching sudah mencukupi, maka tidak ada keperluan untuk membina terlalu banyak kemudahan seumpama itu di kawasan berhampiran. Kita perlu menilai dari sudut praktikal dan juga kemampuan kewangan.

“Namun, kita boleh pertimbangkan pembinaan sebuah pusat akuatik kecil atau kemudahan kolam renang berskala sederhana di Bau untuk kegunaan komuniti, agar mereka dapat didedahkan kepada sukan renang dan aktiviti air,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Sukan Bau 2025 yang berlangsung di Stadium Mini Bau pada hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan menambah, kerajaan negeri kini giat merangka pelan pembangunan sukan berprestasi tinggi dengan menumpukan kepada sukan tertentu mengikut kesesuaian daerah.

Katanya, perancangan tersebut akan dilaksanakan melalui rangkaian kompleks sukan sedia ada di seluruh negeri sebelum bakat-bakat muda disaring dan diasah di Pusat Kecemerlangan Sukan Berprestasi Tinggi di Kuching.

“Sarawak sememangnya dikenali dengan kekuatan dalam sukan akuatik seperti terjun dan renang. Bagi sukan renang, kita memberi tumpuan kepada Sibu kerana banyak atlet cemerlang berasal dari sana. Manakala untuk acara terjun, kita melihat potensi pembangunan di Bau,” jelasnya.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Lapangan terbang Tanjung Manis akan dinaik taraf, pesawat lebih besar boleh mendarat
Next: Wakil rakyat GPS diingat tidak lupa tanggungjawab

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.