Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 36 penternak terima bantuan ternakan di Marudi
  • WILAYAH

36 penternak terima bantuan ternakan di Marudi

Utusan Sarawak 1 day ago
TIMBALAN Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala merakamkan gambar kenangan bersama penerima bantuan ternakan menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) Saracarbon. Foto Facebook Datuk Gerawat Gala

MIRI: Seramai 36 penternak dari tiga kampung dari Rumah (Rh) Micheal Selangkor Sungai (Sg) Brit, Rh Henry Iboh, Logan Tunggak dan Rh Gerinang, Sg Tasong di kawasan Marudi telah menerima bantuan ternakan berupa anak ayam, anak itik dan anak khinzir menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) Saracarbon.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala  telah menyempurnakan  penyerahan bantuan ternakan kepada penerima dalam satu majlis semalam

Penerima bantuan turut akan menerima pemantauan dan bimbingan berterusan bagi memastikan keberhasilan projek ternakan yang dijalankan.

Program ini turut menyediakan latihan secara langsung kepada para penerima serta menyokong pertumbuhan ekonomi isi rumah melalui penjualan hasil ternakan.

Menerusi hantaran di Facebook rasminya, beliau berkata, projek ini bukan sahaja mencerminkan nilai tanggungjawab sosial yang tinggi, malah menjadi bukti nyata bahawa kerjasama antara sektor korporat dan komuniti mampu membawa manfaat besar kepada rakyat.

“Projek ini merupakan projek itik penelur, penternakan babi dan penternakan ayam bertelur.

“Tahniah kepada penerima pertama projek CSR Saracarbon ini dan saya berharap agar penduduk mendapat manfaat sepenuhnya dari projek ini,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Taman Rekreasi UniCentral bakal berwajah baharu
Next: Pertandingan Nyanyian Mandarin SJK(C) Sri Aman–Betong kali ke-14 meriah, 14 sekolah sertai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.