Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Taman Rekreasi UniCentral bakal berwajah baharu
  • WILAYAH

Taman Rekreasi UniCentral bakal berwajah baharu

Utusan Sarawak 1 day ago
TIMBALAN Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang semasa merakamkan gambar kenangan bersama pihak yang terlibat dengan Majlis Serah Tapak Projek Pembangunan Landskap di Taman Rekreasi Unicentral, Kota Samarahan hari ini. Foto: Masrin Affirah

KOTA SAMARAHAN: Taman Rekreasi UniCentral bakal berwajah baharu apabila projek naik taraf landskap bernilai RM500,000 diserahkan secara rasmi hari ini.

Menurut Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang, projek tersebut merupakan kesinambungan inisiatif pembangunan landskap selepas Taman Desa Ilmu yang menerima peruntukan dua minggu lalu.

“Ini adalah satu lagi projek untuk pembangunan landskap di persekitaran taman awam, dan kita lihat ia sebagai pelengkap kepada aspirasi bandar sihat di bawah Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS).

“Banyak kawasan landskap sebelum ini telah diambil alih oleh pembangunan pesat, menjadikan projek seperti ini penting untuk mengimbangi kesejahteraan bandar baharu.

“Kita lihat kawasan Kota Samarahan masih banyak yang perlu kita naik taraf, bukan hanya kawasan utama dan perniagaan, tetapi juga kawasan taman perumahan dan kampung-kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Majlis Serah Tapak Projek Pembangunan Landskap di Taman Rekreasi Unicentral, Kota Samarahan hari ini.

Tambah beliau, projek itu juga akan menyelesaikan isu takungan air di kawasan terbabit selain meningkatkan laluan pejalan kaki dan joging daripada 500 meter kepada lebih 600 meter.

“Diharapkan kawasan ini akan dimanfaatkan bukan sahaja oleh penduduk taman, tetapi turut menjadi lokasi aktiviti oleh pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) atau pertubuhan komuniti sekitar Kota Samarahan.

“Fasiliti ini boleh digunakan siang dan malam, dengan adanya lampu jalan serta infrastruktur yang lebih selesa selepas dinaik taraf,” jelasnya.    

TIMBALAN Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang semasa menyempurnakan simbolik penyerahan projek Pembangunan Landskap di Taman Rekreasi Unicentral hari ini. Foto: Masrin Affirah

Beliau menyatakan bahawa projek tersebut dijangka siap dalam tempoh empat bulan ini yang dibiayai sepenuhnya oleh Jabatan Landskap Negara di bawah peruntukan persekutuan.

“Perancangan juga sedang dibuat untuk halaman Samarahan yang akan dihubungkan dengan Boulevard dan Ferry Point dalam fasa pembangunan seterusnya.

“Projek tersebut akan dimasukkan dalam fasa kedua pembangunan di Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) dan turut menyasarkan kawasan kampung tradisi seperti Muara Tuang, Tanjung Bundung dan Sindang.

“Kita akan gunakan pelbagai sumber, baik negeri mahupun persekutuan, demi memastikan aspek keceriaan bandar ini terus seiring dengan pembangunan dan pertumbuhan modal insan,” ujarnya.

Untuk rekod, ia merupakan sebahagian daripada Projek Taman Rekreasi Madani Negeri Sarawak 2025 dengan keluasan tapak 5.88 ekar yang menyaksikan Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) sebagai agensi pelaksana dan kontrak telah diserahkan kepada Marcorp Construction selaku kontraktor.

Oleh Masrin Affirah

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penutup parit rosak, pihak berwajib diminta bertindak
Next: 36 penternak terima bantuan ternakan di Marudi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.