Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jabal Nur, pendakian menyuluh cahaya keinsafan bagi jemaah haji
  • SEMASA

Jabal Nur, pendakian menyuluh cahaya keinsafan bagi jemaah haji

Utusan Sarawak 1 day ago
JABAL Nur atau Bukit Cahaya, tempat turunya wahyu pertama. Foto Bernama

MAKKAH: Peluang menziarahi Jabal Nur atau Bukit Cahaya, tempat turunnya wahyu pertama bukan sekadar lawatan ke tempat sejarah biasa, sebaliknya menjadi medan renungan rohani kepada jemaah haji bagi menghayati nikmat terbesar umat Islam, iaitu al-Quran.

Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) Tabung Haji (TH) Dr Mohd Bakri Aziz @ Saari berkata Jabal Nur yang terletak berhampiran Kota Makkah dengan ketinggian 642 meter dari paras laut itu, membawa mesej mendalam yang wajar dihayati oleh setiap jemaah haji sekali gus memperkukuh pegangan terhadap ajaran Islam meskipun berhadapan dengan cabaran dalam kehidupan.

“Bagi jemaah haji yang ada kesempatan untuk mendaki, walaupun ia bukan syarat datang ke Makkah (syarat ibadah haji), tetapi pendakian ke puncak Jabal Nur itu pendakian yang memberi keinsafan kepada jemaah tentang betapa besar nikmat Islam yang telah diwarisi.

“Dalam masa yang sama jemaah boleh mengambil ibrah dan pengajaran daripada peristiwa agung penurunan wahyu pertama yang menjadi titik tolak kepada penyebaran Islam,” katanya ketika ditemui media di sini baru-baru ini.

Beliau berkata di puncak bukit yang sunyi itu, terdapat Gua Hira, lokasi bersejarah yang menyaksikan penurunan wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW menerusi surah al-‘Alaq, yang membuka lembaran baharu dalam sejarah ketamadunan manusia.

Selain itu, gua berkenaan juga menjadi saksi pengorbanan Sayyidatina Khadijah RA, isteri Nabi Muhammad SAW yang menghantar makanan semasa baginda beruzlah (menyendiri) di gua berkenaan.

“Pengorbanan dan sokongan Sayyidatina Khadijah dalam perjuangan awal Islam wajar menjadi inspirasi kepada umat Islam hari ini,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Perpaduan rakyat Sarawak kekuatan utama tuntut hak MA63 – Dr Annuar
Next: Sarawak bangunkan Belawai sebagai kawasan peranginan seperti Damai – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.