Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Perpaduan rakyat Sarawak kekuatan utama tuntut hak MA63 – Dr Annuar
  • SEMASA

Perpaduan rakyat Sarawak kekuatan utama tuntut hak MA63 – Dr Annuar

Utusan Sarawak 1 day ago
DR Annuar ketika berucap pada sambutan Gawai Dayak Parti Demokratik Progresif (PDP) Cawangan Bawang Assan, malam tadi.

SIBU: Kerjasama antara parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu dikekalkan dan terus diperkukuh menjelang pilihan raya yang semakin hampir.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee, berkata suasana politik ketika ini agak berbeza, dengan keadaan yang dilihat tenang dan senyap.

“Pada pandangan saya, ini petanda yang baik kerana ia menunjukkan kita berada dalam kedudukan yang sangat kuat ketika ini.

“Tiada pihak yang berani mencabar kita. Saya berharap dalam pilihan raya akan datang, tiada parti pembangkang yang berani bertanding di semua kerusi.

“Semoga GPS sekali lagi mencatatkan kemenangan cemerlang dalam pilihan raya nanti,” katanya ketika berucap pada sambutan Gawai Dayak Parti Demokratik Progresif (PDP) Cawangan Bawang Assan, malam tadi.

Dr Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka turut mengingatkan bahawa GPS tidak boleh terlalu selesa dan perlu sentiasa berwaspada.

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya,” katanya, menggambarkan bahawa ancaman boleh datang secara tidak disedari termasuk dari dalam parti sendiri.

“Sebab itu saya berharap semua ahli PDP, dan juga ahli parti komponen lain, memahami bahawa kita tiada pilihan lain selain bekerjasama erat untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya akan datang,” ujarnya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan memberi sokongan penuh kepada mana-mana calon daripada parti komponen GPS yang dipilih untuk bertanding.

“Itulah janji PBB. Apabila pucuk pimpinan sudah membuat keputusan, kita akan pastikan calon tersebut menang.

“Kerjasama ini mesti dikekalkan dan, jika boleh, diperkukuhkan lagi dalam pilihan raya negeri akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru rakyat Sarawak agar terus bersatu padu tanpa mengira latar belakang kaum atau etnik, kerana Sarawak merupakan contoh terbaik kepada seluruh negara dalam aspek keharmonian masyarakat.

“Kita satu-satunya negeri yang bukan sahaja mempunyai kestabilan politik, tetapi yang lebih penting, rakyatnya hidup bersama secara aman.

“Itu sangat penting, kerana dengan lebih 27 kumpulan etnik, kita tidak mampu untuk berpecah-belah.

“Oleh itu, saya menyeru semua rakyat Sarawak, khususnya pada masa ini, untuk terus bersatu dalam memperjuangkan hak kita di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Tiada senjata yang lebih kuat daripada perpaduan,” tegasnya.

Oleh Akun Giman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Golden Hill Villa antara projek disiasat – Michael Tiang
Next: Jabal Nur, pendakian menyuluh cahaya keinsafan bagi jemaah haji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.