Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 72 projek RADDA bernilai RM1.21 bilion ditender tahun ini
  • TEMPATAN

72 projek RADDA bernilai RM1.21 bilion ditender tahun ini

Utusan Sarawak 12 hours ago
CENDERAMATA… Datuk Len Talif Salleh menyerahkan cenderamata kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada majlis perasmian Jalan Pasi ke Jalan Sibu/Tanjung Manis dan Jambatan Batang Rajang, hari ini.

SARIKEI: Sebanyak 72 projek pembangunan di bawah Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) bernilai RM1.21 bilion akan ditender pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang dan Pengerusi RADDA, Datuk Len Talif Salleh.

Menurutnya, pecahan pelaksanaan melibatkan sembilan projek pada suku kedua, 32 projek pada suku ketiga, dan 30 projek pada suku keempat tahun ini, manakala 16 projek selebihnya akan ditender pada 2026.

“Projek-projek infrastruktur ini dijangka menjadi pemangkin utama kepada kemajuan berimpak tinggi yang bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk masa kini, malah turut dinikmati generasi akan datang.

“Ia juga membuka laluan kepada pertumbuhan ekonomi setempat, memudahkan pergerakan harian dan mengukuhkan jaringan akses di bawah naungan RADDA,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Jalan Pasi ke Jalan Sibu/Tanjung Manis dan Jambatan Batang Rajang, yang turut disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, hari ini.

Mengulas lanjut, Len Talif berkata pembangunan pesat kawasan ini sebagai destinasi sosioekonomi dan pelancongan telah menyumbang kepada peningkatan aliran trafik.

“Situasi ini menuntut jajaran jalan raya yang lebih efisien kerana infrastruktur sedia ada tidak mampu menampung keperluan semasa, apatah lagi masa depan,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau memohon pertimbangan Premier Sarawak untuk meluluskan tiga lagi projek tambahan bagi melengkapkan jaringan jalan di Bahagian Sarikei.

Tiga Permohonan Projek Tambahan

  1. Naik taraf Jalan Bintangor–Sarikei sepanjang 14 kilometer, daripada piawaian JKR U3 ke U5, sebagai laluan utama yang menghubungkan Sarikei ke Bintangor dan seterusnya ke Sibu.
  2. Pembinaan jambatan baharu merentasi Batang Rajang sepanjang 300 meter yang menghubungkan Tanah Putih/Sarikei ke Parit Bugis, Bukit Huang dan Muara Payang — kawasan yang didiami masyarakat pelbagai kaum termasuk Melayu, Bugis, Iban dan Cina. Kawasan ini dikenal pasti sebagai lokasi strategik untuk pembangunan Taman Agro.
  3. Pembinaan jalan baharu JKR U3 sepanjang 11 kilometer dari Jalan Pasi ke Lebuhraya Pan Borneo, yang akan menghubungkan kawasan ini dengan Bahagian Betong, Sri Aman, Bintulu serta kawasan pedalaman seperti Song, Kanowit dan Kapit menuju ke Pelabuhan Tanjung Manis.

“Kawasan ini kini masih aktif mengeluarkan hasil pertanian, menunjukkan potensinya untuk dibangunkan secara moden melalui Taman Agro,” tambahnya.

Oleh Earl Anek

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Peningkatan ketagihan dalam kalangan belia, gesa larangan vape di seluruh negara- Lee
Next: Jambatan Batang Rajang dinamakan sempena tokoh negarawan Sarawak, Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.