SARIKEI: Sebanyak 77 unit lampu solar telah disumbangkan kepada empat sekolah oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.
Sumbangan tersebut diserahkan oleh wakil beliau, Kapitan Ling Dien Yong, dalam satu majlis ringkas yang diadakan semalam.
Sekolah-sekolah yang menerima sumbangan tersebut ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Su Dok, SJKC Chung Hien, SJKC Su Hing dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Sarikei.
Turut hadir dalam majlis penyerahan ialah Kapitan Ling Sien Chuong dan Tuai Rumah Anthony Suding. Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif meningkatkan kemudahan pencahayaan dan keselamatan di kawasan sekolah, terutama pada waktu malam.
Oleh Earl Anek