Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Dunia Islam perlu perkukuh asas, bermula dengan ekonomi
  • SEMASA

Dunia Islam perlu perkukuh asas, bermula dengan ekonomi

Utusan Sarawak 21 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama semasa Sesi Pleno Forum Ekonomi Antarabangsa XVI Russia Dunia Islam: KazanForum 2025 di Dewan Konsert, Ekspo Kazan, hari ini. Foto BERNAMA

KAZAN (Tatarstan): Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru dunia Islam untuk bekerjasama dan mengukuhkan asas, bermula dengan ekonomi, terutamanya dalam Industri Halal yang dianggarkan bernilai AS$3 trilion.

“Dari negara-negara Teluk, Timur Tengah, ke Afrika, ke Asia, kita harus memformalkan dan mengukuhkan perpaduan ini.

“Kemudian barulah kewangan Islam, bukan hanya sekadar menerima pakai apa yang anda panggil sebagai bebas riba, tetapi meneroka inovasi baharu agar ia dapat menawarkan ekonomi alternatif dan berdaya maju bagi dunia Islam dan juga penyertaan orang bukan Islam dalam masyarakat kita dan di negara bukan Islam,” kata beliau.

Anwar berkata demikian semasa Sesi Pleno Forum Ekonomi Antarabangsa Ke-16 “Rusia-Dunia Islam: KazanForum 2025”.

Berucap kepada sekitar 2,500 peserta dari lebih 100 negara, Perdana Menteri turut menyentuh mengenai peralihan tenaga dan transformasi digital, dan keperluan negara Islam untuk melaksanakannya.

“Kerana lagipun, bagaimana kita menghormati, mencintai, dan mengikuti sunnah Nabi Muhammad S.A.W.? Ia kerana nilai-nilai dan ciri-cirinya.

“Jadi isu yang kita hadapi, bagi golongan muda dan untuk kita, adalah untuk memastikan bahawa terdapat perbezaan. Nilai-nilai kekeluargaan adalah penting,” kata beliau.

Anwar sekali lagi menyentuh bagaimana cara menangani isu-isu berkaitan belia hari ini, mengulangi ucap tama beliau pada sesi terdahulu, menggesa ulama, cendekiawan, pemimpin politik mengambil tindakan.

“Kita telah beberapa kali membincangkan isu ini, dan saya telah mencadangkan dalam mesyuarat strategik pagi ini, bahawa bagi golongan belia, kita harus membuat susulan.

“Biarkan anak muda kita memikirkan dengan mendalam apa yang telah kita bincangkan, dan mengusulkan lebih banyak cadangan..menyatakan sokongan atau ketidaksetujuan mereka, supaya suara belia bukan sahaja didengari, tetapi diambil perhatian yang sangat serius.

“Kerana kita perlu memastikan golongan muda mengetahui bahawa dalam penghuraian isu dan keputusan kita dari segi keutamaan, suara mereka amat diperlukan dalam program yang memberi impak kepada golongan muda,” kata Anwar. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tiong gesa sokongan, pelaburan lebih kukuh terhadap profesional kejururawatan
Next: Premier Sarawak saran SEB nilai semula struktur organisasi, selaras perkembangan industri tenaga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.