Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tiong gesa sokongan, pelaburan lebih kukuh terhadap profesional kejururawatan
  • SEMASA

Tiong gesa sokongan, pelaburan lebih kukuh terhadap profesional kejururawatan

Utusan Sarawak 16 hours ago
DATO Sri Tiong King Sing bersalaman dengan hadirin semasa menghadiri Program Pra Gawai 2025 bagi kawasan N.53 Bawang Assan yang diadakan di sebuah hotel malam ini. Foto BERNAMA

SIBU: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri Tiong King Sing menggesa agar sokongan dan pelaburan yang lebih kukuh diberikan kepada tenaga kerja kejururawatan di negara ini.

Beliau menyifatkan jururawat sebagai arkitek kepada landskap penjagaan kesihatan masa depan dan peranan mereka perlu diangkat serta dihargai.

“Mereka adalah masa depan sistem penjagaan kesihatan negara. Justeru, kebajikan dan pembangunan kerjaya mereka perlu menjadi keutamaan.

“Kita mesti mewujudkan persekitaran kerja yang menghargai, memperkasakan dan menyokong mereka dengan sumber serta latihan mencukupi,” katanya ketika berucap pada majlis Malam Jururawat anjuran Hospital Sibu sempena sambutan Hari Jururawat di sini, hari ini.

Hari Jururawat Sedunia disambut pada 12 Mei setiap tahun.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong itu turut menekankan keperluan untuk melibatkan jururawat dalam proses penggubalan dasar kesihatan negara, memandangkan mereka mempunyai pengalaman barisan hadapan yang mampu memberikan perspektif unik terhadap penjagaan pesakit.

“Suara mereka penting dan pemegang kuasa perlu mendengarnya,” katanya.

Dalam pada itu, Tiong turut mengakui tekanan yang dihadapi jururawat akibat kekurangan tenaga kerja yang memaksa mereka memikul pelbagai tanggungjawab dalam keadaan mencabar.

“Keupayaan anda memberikan penjagaan terbaik kepada pesakit biarpun berdepan kekangan sumber amat membuktikan ketahanan, profesionalisme dan dedikasi tanpa mengira kepentingan diri,” katanya.

Beliau memuji sifat belas kasihan dan komitmen jururawat yang tidak pernah luntur, sambil menyatakan sumbangan mereka turut merentasi hospital hingga ke seluruh komuniti.

“Tugas anda bukan sahaja memberi kesan kepada individu yang anda rawat, malah turut mempengaruhi keluarga mereka dan masyarakat keseluruhannya,” katanya.

Beliau turut menggalakkan jururawat terus memperjuangkan profesion mereka kerana kepakaran yang dimiliki amat penting dalam merintis hala tuju masa depan sistem penjagaan kesihatan negara. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sempena Sidang Kemuncak ASEAN sekolah terlibat diberi cuti peristiwa
Next: Dunia Islam perlu perkukuh asas, bermula dengan ekonomi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.