Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gesa tubuh pejabat khas tangani UFO, fenomena aneh
  • GLOBAL

Gesa tubuh pejabat khas tangani UFO, fenomena aneh

Utusan Sarawak 22 hours ago
GAMBAR hiasan.

TOKYO: Kementerian Pertahanan Jepun digesa untuk menubuhkan sebuah pejabat khas yang bertanggungjawab menangani UFO pada satu mesyuarat dengan kumpulan ahli parlimen pelbagai parti pada Jumaat, lapor Agensi Berita Kyodo.

Kumpulan itu, yang dipengerusikan oleh bekas Menteri Pertahanan Yasukazu Hamada daripada Parti Demokratik Liberal (LDP) yang memerintah, menyerahkan cadangan kepada ketua pertahanan semasa, dengan menyifatkan penampakan sedemikian – yang secara rasmi dirujuk sebagai fenomena anomali tidak dikenali (UAP) – sebagai kebimbangan keselamatan negara yang realistik dan serius.

“Negara kita ketinggalan dalam memberi respons terhadap UAP, sedangkan memastikan keselamatan ruang udara dan perairan wilayah adalah perkara mendesak,” kata kumpulan itu, yang mencadangkan penubuhan versi Jepun bagi Pejabat Penyelesaian Anomali Semua Domain Amerika Syarikat.

Pejabat Pentagon itu ditubuhkan pada 2022 bagi menerajui usaha AS menangani UAP melalui rangka kerja saintifik yang ketat dan pendekatan dipacu data.

Para penggubal undang-undang turut mencadangkan agar pejabat baharu itu melaporkan perkembangan siasatan UAP secara berkala kepada parlimen dan mendedahkan maklumat kepada orang ramai, selain menjalankan analisis saintifik terhadap data yang dikumpul serta mengenal pasti potensi ancaman.

Menteri Pertahanan Jepun Gen Nakatani berkata:“Kami akan berusaha untuk memenuhi harapan” kumpulan itu, yang ditubuhkan tahun lepas. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Lebih 17,900 ditahan miliki, guna rokok elektronik di Singapura
Next: Walmart naik harga barang akibat kos tarif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.