Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Warga China mengaku bersalah pemanduan berbahaya sebabkan kematian Pengarah Mahkamah Sabah
  • MAHKAMAH

Warga China mengaku bersalah pemanduan berbahaya sebabkan kematian Pengarah Mahkamah Sabah

Utusan Sarawak 2 days ago
 MENGAKU SALAH… Sun (kiri) keluar dari Mahkamah Majistret setelah prosiding, hari ini.

SIBU: Seorang warga China mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Marutin Pagan, dalam satu kemalangan pada 30 Mac lalu.

Tertuduh, Sun Xue Song, 42, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Oon Kork Chern semasa pengurusan kes praperbicaraan yang ditetapkan hari ini.

Bagaimanapun, Majistret Oon menarik diri daripada mendengar kes tersebut atas alasan mempunyai hubungan peribadi dengan mangsa, demi mengekalkan ketelusan dan mengelakkan sebarang persepsi berat sebelah.

“Sehubungan itu, kes ini dijadualkan semula untuk diserahkan kepada Yang Arif Tuan Rosli Ahmad, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau turut menetapkan 10 Jun ini sebagai tarikh untuk pembacaan fakta kes dan penjatuhan hukuman di bawah bidang kuasa Mahkamah Majistret Sibu.

Sementara menunggu tarikh tersebut, Sun diperintahkan untuk terus direman.

Mengikut pertuduhan, Sun didakwa memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Marutin di Bulatan Kanowit, kira-kira 1.00 tengah hari pada 30 Mac 2025.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM50,000 jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mark Kenneth Netto, manakala tertuduh diwakili peguam bela Terence Tiong.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Warga emas didakwa kemuka dokumen palsu kepada mahkamah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.