Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Utamakan keselamatan, bukan kerana pihak berkuasa
  • TEMPATAN

Utamakan keselamatan, bukan kerana pihak berkuasa

Utusan Sarawak 11 hours ago
DATO Sri Lee Kim Shin memakaikan topi keledar kepada salah seorang penunggang motosikal semasa Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Sarawak Sempena Hari Gawai Dayak 2025 di PETRONAS Jalan Sibiyu, Bintulu, hari ini.

BINTULU: Pengguna jalan raya diingatkan agar sentiasa mengutamakan keselamatan dan tidak hanya berdisiplin apabila melihat kehadiran pihak berkuasa di jalan.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, sikap sambil lewa dan kecuaian pengguna menjadi punca utama kemalangan jalan raya di negeri ini termasuk kemalangan maut yang semakin membimbangkan menjelang musim perayaan Gawai Dayak.

“Keselamatan di jalan raya bukan hanya tanggungjawab pihak berkuasa, tetapi semua pengguna. 

“Jangan hanya berhati-hati apabila nampak polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Sikap itu perlu diubah kerana keselamatan adalah untuk diri sendiri,” katanya ketika ditemui media pada Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Sarawak Sempena Hari Gawai Dayak 2025 di PETRONAS Jalan Sibiyu di sini, hari ini.

Mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dato Sri Lee Kim Shin yang juga Presiden Majlis Keselamatan Jalan Raya Sarawak (MKJR) memaklumkan, sebanyak 6,724 kes kemalangan direkodkan di Sarawak sepanjang Januari hingga April tahun ini dengan 120 kematian dicatatkan.

“Daripada jumlah itu, 6,502 kes merupakan kemalangan rosak iaitu hanya melibatkan kerosakan kenderaan tanpa kecederaan, manakala selebihnya membabitkan kecederaan dan kehilangan nyawa,” jelasnya.

Katanya lagi, antara punca kemalangan tertinggi adalah langgar belakang sebanyak 2,236 kes, terbabas akibat laju (1,481 kes) dan langgar keluar simpang (1,421 kes).

Sehubungan itu, beliau menyeru agar budaya selamat diamalkan secara konsisten terutama ketika musim perayaan yang menyaksikan peningkatan kenderaan di jalan raya.

“Kita perlu pupuk budaya keselamatan sebagai norma. 

“Jika berlaku kemalangan, ada saluran yang betul untuk bertindak. Tetapi yang lebih penting adalah mencegah sejak awal,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Miri bersedia jadi tuan rumah Hari Sarawak 2025
Next: Stiker Gawai didik pemandu tentang keselamatan jalan raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.