Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Momentum kenaikan emas dijangka hingga 2026, harga cecah AS$3,500 seauns- UBS
  • BISNES

Momentum kenaikan emas dijangka hingga 2026, harga cecah AS$3,500 seauns- UBS

Utusan Sarawak 10 hours ago
UBS Investment Bank mengekalkan unjuran memberangsangkan terhadap prospek emas dan menjangkakan logam berharga itu akan meneruskan momentum kenaikannya, berkemungkinan besar sehingga suku kedua dan ketiga 2026 susulan ketidakpastian global.

KUALA LUMPUR: UBS Investment Bank mengekalkan unjuran memberangsangkan terhadap prospek emas dan menjangkakan logam berharga itu akan meneruskan momentum kenaikannya, berkemungkinan besar sehingga suku kedua dan ketiga 2026 susulan ketidakpastian global.

Strategis Logam Berharga bank pelaburan itu, Joni Teves berkata walaupun pengumuman tarif mencetuskan ketidakpastian ketara dalam banyak kelas aset termasuk emas, prospek meluas terhadap aset berharga itu kekal tidak berubah.

“Berdasarkan risiko terhadap pertumbuhan, kami berpendapat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan terus melonggarkan dasarnya, sekali gus mewujudkan sokongan positif terhadap emas.

“Pelabur perlu terus mempelbagaikan aset-aset, khususnya emas kerana statusnya sebagai aset selamat yang menarik dan tempoh lama agihan semula aset dan dedolarisasi (mengurangkan kebergantungan terhadap dolar AS) yang menyokong emas,” katanya kepada media dalam satu wawancara secara maya hari ini.

Menjelaskan selanjutnya, Teves berkata walaupun kenaikan harga emas berterusan, masih terdapat ruang untuk pelabur menambah pegangan emas berikutan kedudukan jangka pendek bersih dalam niaga hadapan emas Comex adalah agak rendah pada suku pertama 2025.

Keadaan itu, katanya, disebabkan emas diasak tekanan apabila Fed bertindak menaikkan faedah dengan banyak kedudukan emas terjejas susulan pendirian dasar monetari.

Dalam jangka masa terdekat ini, Teves berkata masih terdapat ruang bagi konsolidasi pasaran, sekali gus memberi peluang untuk pelabur bertahan sementara menunggu paras harga emas lebih baik bagi emas.

Beliau berkata bagi pelabur fizikal, emas terbukti meningkat di serata rantau pada suku pertama 2025 dan bank pelaburan itu menjangkakan keadaan sedemikian akan kekal bagi tempoh berbaki tahun ini.

“Prospek akhir tahun kami bagi harga emas adalah mencecah AS$3,500 seauns (AS$1=RM4.28) tahun ini dan tahun depan.

“Namun, lonjakan itu mungkin mereda dan turun mulai pertengahan atau suku ketiga tahun depan,” katanya.

Dari segi perbandingan emas dan mata wang kripto, Teves berkata dalam senario peningkatan risiko geopolitik, emas akan terus menjadi pilihan utama sebagai aset selamat jika dibandingkan dengan mata wang kripto yang merupakan aset berisiko.

“Secara keseluruhannya, kami berpendapat latar belakang makro jelas menyokong emas dan akan meneruskan aliran kenaikan itu sehingga tahun depan.

“Kami menjangkakan permintaan daripada pelbagai segmen di pasaran dengan sektor utamanya adalah pembeli bersih selain peruntukan berterusan pelabur merentasi kekayaan persendirian, pengurus aset jangka panjang, dana serta pelabur runcit,” katanya.

Teves berkata permintaan untuk barangan kemas akan terus di bawah tekanan berikutan harga emas yang lebih tinggi manakala permintaan pelaburan fizikal seharusnya dapat membantu menampung beberapa kelemahan itu.

“Dari sudut risiko peningkatan, kami melihatnya di luar China susulan sentimen dalam negara yang amat memberangsangkan selain jumlah dagangannya setakat tahun ini.

“Risiko penurunan emas pula lebih tepu berkaitan persekitaran tarif serta pendirian Fed yang cenderung menaikkan kadar faedah,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia gesa WTO laksana pembaharuan untuk kekalkan sistem perdagangan global
Next: Pasaran getah ditutup rendah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.