Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Naik taraf talian grid 33KV dari Kampung Kaba ke Simpang Nyabor bakal dilaksana
  • Tengah
  • WILAYAH

Naik taraf talian grid 33KV dari Kampung Kaba ke Simpang Nyabor bakal dilaksana

Utusan Sarawak 15 hours ago
MOHAMAD Duri menyaksikan majlis penyerahan tapak projek tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Bahagian Betong, semalam. -Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Projek naik taraf pemasangan talian grid 33 kilovolt (KV) dari Kampung Kaba menuju ke Simpang Nyabor akan dilaksanakan pada tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata majlis penyerahan tapak projek tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Bahagian Betong, semalam.

“Lanjutan daripada program serah tapak semalam, pada hari ini turut diadakan satu sesi dialog bersama komuniti dan agensi teknikal berkaitan pelaksanaan projek naik taraf pemasangan talian 33KV sepanjang 18 kilometer (KM) laluan Simpang Sessang ke Simpang Perpat telah diadakan di Masjid Cahaya Islam Kampung Kaba.

“Antara perkara yang dibincangkan pada sesi dialog tersebut adalah berkaitan perlaksanaan projek yang bernilai RM9.9 juta itu akan memberikan bekalan elektrik kepada Daerah Kabong sebagai punca bekalan 33KV yang ketiga daripada 33KV substation di Pusa.

“Selain daripada dua punca bekalan daripada 33KV substation dari Sarikei. Projek ini juga akan memberi manfaat kepada banyak kampung dan rumah panjang sepanjang laluan projek tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi yang mewakili ADUN Kalaka telah hadir ke sesi dialog diadakan di Masjid Cahaya Islam Kampung Kaba yang telah diberi pencerahan oleh pihak syarikat Wayleave Executive.

Mohamad Duri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sektor Pembangunan Utiliti dan Telekomunikasi Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) berkata ini menunjukkan BDDA telah membuktikan bahawa peruntukan yang diluluskan oleh Premier Sarawak untuk membantu rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka serta DUN Krian untuk menikmati bekalan elektrik yang berkualiti dan stabil.

“Dengan siapnya pemasangan grid 33KV it7 nanti, ia sekali gus meningkatkan kestabilan bekalan elektrik di beberapa buah kampung serta rumah panjang di kawasan terbabit di masa depan,” ujarnya.

Turut hadir Pegawai Daerah Kabong, Tahir Mohd Sharee, Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid, wakil BDDA serta wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) Saratok.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Tamin sumbang dua televisyen kepada Gereja Katolik St Gerald
Next: KRT Rangau lancar kempen tarik lebih ramai sertai SRS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.