Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Blue Lake Apartment bakal jadi mercu tanda baharu di Tasik Biru
  • TEMPATAN

Blue Lake Apartment bakal jadi mercu tanda baharu di Tasik Biru

Utusan Sarawak 16 hours ago

LEE Chin Teck ketika berucap pada majlis perasmian sambutan Ulang Tahun ke-205 Daerah Bau, hari ini. FotoJaPEN

BAU: Projek pembangunan terbaharu oleh Tecktonic and Sons Holdings Sdn. Bhd. bakal memperkenalkan satu lagi mercu tanda baharu di Bau menerusi pembinaan Blue Lake Apartment yang terletak berhadapan Tasik Biru.

Menurut Pengarah Urusannya, Lee Chin Teck, projek yang melibatkan pembinaan 149 unit kediaman itu akan dimulakan dalam masa terdekat.

“Saya menawarkan diskaun 10 peratus kepada pembeli terawal hari ini. Ini merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk menjadikan kawasan ini sebagai pusat kediaman dan pelancongan unggul di Bau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian sambutan Ulang Tahun ke-205 Daerah Bau, hari ini.

Lee turut menjelaskan bahawa pembangunan Blue Lake Apartment merupakan kesinambungan kepada fasa pembangunan terdahulu, yang merangkumi 36 unit rumah kedai, sebuah pasar raya berkeluasan 40,000 kaki persegi, serta pembinaan lebuh hias menghadap tasik yang sesuai untuk aktiviti santai seperti berjoging, menyanyi dan menari.

Tasik Biru Resort City, yang turut dirasmikan hari ini, merupakan hasil transformasi kawasan perlombongan emas lama kepada tasik biru seluas 26 ekar dan berkedalaman 100 meter.

Lee turut berkongsi kenangan peribadinya tentang kawasan tersebut, yang suatu ketika dahulu dianggap menakutkan berikutan tragedi 1979 apabila sebuah bas sekolah terjunam ke dalam tasik, meragut lebih 20 nyawa pelajar.

“Saya dilahirkan di Bau. Dahulu kawasan ini rata dan hanya mula menjadi berbukit apabila kerja perlombongan dijalankan. Tasik ini terbentuk akibat penggalian berterusan,” katanya.

Menurut Lee, segala-galanya berubah pada 2002 apabila beliau menerima jemputan minum kopi daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Jinep, yang berkongsi hasrat membangunkan semula Tasik Biru sebagai sebuah bandar peranginan.

“Sebagai anak jati Bau, saya tidak teragak-agak menyokong hasrat itu. Saya kemukakan pelan pembangunan dan tiga tahun lalu, fasa pertama telah diluluskan,” jelasnya.

Antara tarikan yang telah direalisasikan termasuk menaik taraf tokong bersejarah di atas bukit yang dahulunya penting semasa era perlombongan, serta pembinaan jambatan kaca gantung yang menawarkan pemandangan menakjubkan ke arah tasik.

Lee menegaskan bahawa peranannya sebagai pemaju bukan hanya tertumpu kepada pembinaan rumah kedai dan apartmen, sebaliknya lebih kepada usaha menghidupkan semula warisan serta potensi Bau sebagai destinasi pelancongan terkemuka di Sarawak.

Oleh Amanda L. & Norman B.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak komited perkasa kepimpinan digital
Next: Terap generasi muda dengan didikan agama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.