Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak perkukuh komitmen tenaga bersih dengan pelancaran Halatuju Ekonomi Hidrogen 2035
  • SEMASA

Sarawak perkukuh komitmen tenaga bersih dengan pelancaran Halatuju Ekonomi Hidrogen 2035

Utusan Sarawak 17 hours ago
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap berucap pada majlis pelancaran Halatuju Ekonomi Hidrogen Sarawak 2035. -Foto UKAS

KUCHING: Sarawak terus mengorak langkah memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju tenaga bersih serantau dengan pelancaran Halatuju Ekonomi Hidrogen Sarawak 2035 semasa Forum Ekonomi Hidrogen 2025 (H2EF 2025).

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menegaskan bahawa roadmap tersebut merupakan kunci kepada pembangunan tenaga masa depan Sarawak yang mampan dan berimpak tinggi.

“Empat hab tenaga strategik menjadi teras utama dalam agenda transformasi ekonomi tenaga Sarawak iaitu tenaga boleh diperbaharui, gas asli, teknologi penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) serta hidrogen.

“Hab-hab ini bukan sekadar pelaburan tenaga, tetapi merupakan asas kepada masa depan ekonomi Sarawak yang mampan, berdaya saing dan berimpak tinggi.

“Sarawak sudah mengeksport tenaga boleh diperbaharui ke Kalimantan Barat dan kini merancang memperluas sambungan ke Sabah, Brunei, Semenanjung Malaysia dan Singapura,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa Sarawak kini memanfaatkan hampir 60 peratus daripada rizab gas negara melalui pelaksanaan Pelan Jalan Gas Sarawak.

“Empat hab gas utama telah dikenal pasti iaitu di Miri, Bintulu, Samalaju dan Kuching bagi menyokong keperluan domestik dan pasaran eksport.

“Negeri ini juga memiliki lebih 65 peratus potensi tapak penyimpanan karbon negara, menjadikannya lokasi strategik untuk pembangunan teknologi CCS,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan kemajuan dua projek mega hidrogen iaitu H2ornbill dan H2biscus yang kini dalam fasa reka bentuk dan dijangka siap hujung tahun ini.

“Sebuah hab hidrogen baharu juga sedang dirancang di Kuching untuk memperkukuh lagi ekosistem industri ini,” katanya.

“Sarawak juga menjadi negeri pertama di rantau ini meluluskan perundangan khusus bagi industri hidrogen melalui pindaan kepada Ordinan Pengagihan Gas yang berkuat kuasa 1 Mac 2025.

“Langkah ini membolehkan pelantikan pengawal selia, penetapan kadar caj serta garis panduan keselamatan bagi memastikan pembangunan industri ini berlangsung secara tersusun dan selamat,” ujarnya.

Turut diumumkan, Sarawak bakal menganjurkan semula Asia Pacific Green Hydrogen Conference & Exhibition (APGH) dari 9 hingga 11 Jun 2026 di BCCK, dengan penyertaan lebih besar dari dalam dan luar negara.

Turut hadir Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Hazland Abang Hipni, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Francis Harden, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut), Dato Henry Harry Jinep, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Sarawak, Datuk Malcolm Mussen Lamoh, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew serta tetamu kenamaan yang lain.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: TYT, isteri zahir takziah kepada keluarga mangsa kemalangan FRU
Next: Lawatan kajian ke Pulau Pinang dedah kejayaan luar biasa industri hartanah tempatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.