Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Apple pertimbang harga iPhone musim luruh
  • TEKNOLOGI

Apple pertimbang harga iPhone musim luruh

Utusan Sarawak 13 hours ago

NEW YORK: Apple sedang mempertimbangkan untuk menaikkan harga bagi siri iPhone musim luruhnya, langkah yang disertai dengan penambahan ciri baharu dan perubahan reka bentuk, lapor Xinhua.

Namun, syarikat itu bertegas untuk mengelak daripada kelihatan seolah-olah kenaikan harga itu berpunca daripada tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap barangan dari China, lokasi utama pemasangan kebanyakan peranti Apple.

Pada Isnin, The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan yang iPhone baharu yang bakal dilancarkan pada musim luruh ini akan menampilkan beberapa perubahan dalam reka bentuk dan format, termasuk rekaan ultra nipis.

Bank pelaburan Jefferies menganggarkan, daripada kira-kira 65 juta unit iPhone yang dijual Apple di AS tahun lalu, sekitar 36 hingga 39 juta daripadanya adalah model Pro atau Pro Max.

Koleksi musim luruh kali ini dijangka termasuk model lebih nipis yang akan menggantikan iPhone 16 Plus sedia ada, yang kini dijual pada harga US$899 di AS.

Ketua Eksekutif Apple Tim Cook “berdepan tekanan susulan konflik perdagangan AS-China yang mengancam rantaian bekalan Apple,” menurut laporan itu.

Sebagai tindak balas, beliau meningkatkan inventori pada Mac sebelum tarif diumumkan dan mengalihkan sebahagian pengeluaran untuk pasaran AS ke India.

Awal bulan ini, beliau berkata majoriti iPhone yang dihantar ke AS bagi suku April hingga Jun akan datang dari India.– Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: SMK Seri Patiambun Limbang ceburi dunia Robot Antarabangsa Borneo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.