Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Francis Harden pantau kemajuan projek rakyat di DUN Simanggang
  • Selatan
  • WILAYAH

Francis Harden pantau kemajuan projek rakyat di DUN Simanggang

Utusan Sarawak 15 hours ago
DATUK Francis Harden Hollis semasa mengadakan lawatan tinjauan ke beberapa lokasi projek di sekitar DUN Simanggang, semalam. Foto: ADUN Simanggang
 

SIMANGGANG: Bagi memastikan segala perjalanan projek rakyat dilaksanakan dengan sempurna, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis telah mengadakan lawatan tinjauan ke beberapa lokasi projek di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang.

Lokasi pertama dilawati iaitu projek menaik taraf sengkuap (awming) Rumah Chembol, Kampung Tinting Kubal, Entebar Undop. Ketika lawatan, projek tersebut telah siap sepenuhnya. 

Dalam pada itu, terdapat isu yang berbangkit iaitu aliran air hujan yang melimpah ke ruang kaki lima rumah panjang yang bersebelahan akibat tidak ada sistem perparitan. Justeru Harden mengambil maklum mengenai isu tersebut dan akan mencari jalan penyelesaian.

Pada lokasi kedua ialah di rumah kediaman Tuai Rumah Jacktola Beranchar, Kampung Sungai Labi yang memohon pemasangan sengkuap untuk 14 buah keluarga. Manakala di Ruma Jalie Tutong, permintaan untuk menaik taraf jalan ke perkuburan Kampung Ijok, Undop.

Tinjauan juga terhadap jalan runtuh di kawasan Sungai Reboh yang menyebabkan kesukaran bagi kenderaan kecil melalui jalan berkenaan dan mendatangkan risiko kemalangan yang teruk kerana jalan runtuh tersebut berlaku di kawasan bukit.

Dalam penyelesaian kepada keadaan jalan yang runtuh tersebut, Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang mengesyorkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman mengambil tindakan menyediakan laporan dan memaklumkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sri Aman bagi mendapatkan peruntukan.

Dalam lawatan tersebut Harden sempat singgah di rumah kediaman Belilie Ajah di Kampung Sungai Antu untuk mengetahui hasrat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung berkenaan memohon membina dewan serbaguna di kawasan itu.

Lokasi lawatan seterusnya ialah kemajuan projek pembinaan rumah panjang baharu iaitu Rumah Japing Gema, Kampung Nyakai, Jalan Paip. Rumah panjang berkenaan didirikan melalui biaya pinjaman Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak.

Lokasi terakhir ialah projek meratakan tapak rumah panjang baharu di Rumah Thomas Barau, Kampung Genting San, Undop. Kemajuan projek mengikut luas kawasan yang dicadangkan telah siap namun dari aspek keselamatan rumah panjang, pokok kayu di sekeliling tapak perlu ditebang untuk mengelakan kejadian yang tidak diingini suatu hari kelak.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Komited bantu penduduk menerima kemudahan elektrik
Next: 20 Ahli JKPD Miri hadir mesyuarat pertama lantikan 2025–2027

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.