Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • SMK Seri Patiambun Limbang ceburi dunia Robot Antarabangsa Borneo
  • TEKNOLOGI

SMK Seri Patiambun Limbang ceburi dunia Robot Antarabangsa Borneo

Utusan Sarawak 16 hours ago
TEKNOLOGI ROBOTIK…Guru dan pelajar SMK Seri Patiambun Limbang yang menyertai Borneo-IRT2025. 

LIMBANG: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Patiambun Limbang tampil untuk julung kali menyertai Pertandingan Robot Antarabangsa Borneo 2025 (Borneo-IRT2025) di Miri baru-baru ini.


SMK Seri Patiambun Limbang menghantar dua pasukan, iaitu pasukan guru dan pelajar dalam pertandingan peringkat antarabangsa yang disertai buat pertama kalinya.


Pengetua SMK Seri Patiambun Limbang Ziem Kasim menyifatkan kejohanan itu penanda aras sekolah itu dalam menguasai kemahiran dan teknologi terkini.


Jelasnya berdepan cabaran besar dari aspek kekangan kos untuk memiliki set robotik dan pengetahuan dalam ilmu pengekodan tidak menghalang sekolah itu untuk memburu kejayaan.


“Impian SMK Seri Patiambun ini terlaksana atas usaha Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) yang telah berbesar hati membantu serta memberi sokongan berterusan buat pasukan dari SMK Seri Patiambun.


“Pihak TEGAS turut mengusahakan bengkel untuk pasukan SMK Seri Pariambun sebagai persedian menyertai pertandingan.


“Bengkel persediaan tersebut melibatkan kerjasama SASBADI Learning Solution dan akan diteruskan lagi sebagai persediaan menyertai National Robotic Competition yang dijangka berlangsung pada Julai nanti,” katanya kepada media, hari ini.


Katanya pertandingan itu menjadi medan yang cukup bermakna buat warga SMK Seri Patiambun untuk menimba pengalaman sekali gus mengorak langkah sulung mereka dalam dunia robotik.


Pertandingan berprestij ini berlangsung selama tiga hari bertempat di Meritz Hotel, Miri menghimpunkan penyertaan pasukan dari seluruh Malaysia dan luar negara seperti Macau, China, Taipei serta Vietnam. 

Oleh Adeng Edrus

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: PPSM disaran terajui transformasi pertanian pintar guna teknologi AI
Next: Apple pertimbang harga iPhone musim luruh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.